Sunday, 21 April 2013

[GAMBAR] LAGI SEKITAR PENAMAAN CALON | 20 April 2013 (27 gambar)

Penamaan Calon Permatang Pauh
 


Penamaan Calon Kuala Terengganu

 
Penamaan Calon Sik Kedah


 Penamaan Calon DUN Dong


Penamaan Calon Titiwangsa


Penamaan Calon Kota Raja


Penamaan Calon Selat Klang


Penamaan Calon Pendang


Penamaan Calon Cenderoh Perak


Penamaan Calon Shah Alam




Penamaan Calon Parlimen Marang


Penamaan Calon Sri Serdang


Penamaan Calon Raub


Penamaan Calon Pangerang Johor

 
Penamaan Calon DUN CEMPAKA. TGNA.  



Penamaan Calon Kuala Krai


Penamaan Calon Baling Kedah




Panamaan Calon Seremban 


Penamaan Calon Parlimen Tanjung Malim 


Penamaan Calon P125 Putrajaya - Dato Paduka Husam Musa 




Penamaan Calon Ulu Kinta Perak
  


Ini gambar dari Saratok, Sarawak! Ini KALILAH!
 
 


[GAMBAR] PENAMAAN CALON PRU13 | 20 April 2013

Semua parti-parti politik hari ini bergerak ke pusat-pusat penamaan calon di seluruh negara bagi mendaftarkan nama wakil mereka sebagai calon pilihan raya ke 13.
 
 


Mereka bergerak dari seluruh kawasan menuju pusat penamaan calon di 222 kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri.
Menjadi tradisi bagi PAS, mereka memulakan pergerakan dengan doa setelah bersolat munajat malam dan menjelang Subuh tadi.
Dalam pilihan raya kali ini, Pakatan Rakyat akan berusaha untuk berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).
Namun dipercayai ramai calon bebas akan mengambil bahagian setelah tidak berpuashati kerana tidak terpilih sebagai calon di samping individu yang mahu mencuba nasib pribadi masing-masing.






(TG Abd Hadi Awang bergerak ke pusat penamaan calon)

Di Marang, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai cabaran PAS di sini. Beliau akan bertanding mempertahankan Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.






(Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim berdoa di perkarangan Masjid Lama Jengka sebelum bertolak ke Temerloh untuk menyerahkan borang penamaan calon)

PRU 13 ini dikira sebagai ibu kepada segala pilihan raya di negara ini kerana buat pertama kalinya BN terasa mereka boleh jatuh kali ini.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkumpul di Masjid Lama Jengka yang terletak bersebelahan rumahnya.
Beliau akan bergerak menuju bandar Temerloh untuk membuat penamaan calon yang akan berlaku 
pagi ini.





(Dr Rani bersama calon-calon Pakatan di sekitar Klang)

Di Klang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman bersama calon-calon Pakatan di bawah Parlimen Kapar berkumpul setempat sebelum berarak ke pusat penamaan calon. Bersama beliau adalah calon-calon Pakatan di Klang iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang), Teng Chan Khim dan lain-lain.
Di Putrajaya, para penyokong PAS berkumpul di Surau Al Husna Fasa 12, Presint 9 dan dijangka akan berarak 2 km ke pusat penamaan calon yang terletak di pusat kejiranan.
Sebelum bertolak, calon PAS Datuk Husam Musa dilihat solat Dhuha di surau itu.






(Ustaz Idris dan Ustaz Norazli Musa berjalan menuju pusat penamaan calon)

Di Parlimen Bukit Gantang, cabaran Pakatan Rakyat dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin yang akan bertanding di DUN Changkat Jering. Turut bersama beliau di situ adalah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang dan Ustaz Norarzli Musa yang akan bertanding di DUN Trong.
DUN Kuala Sepetang yang terletak di bawah kawasan parlimen ini akan ditandingi oleh calon DAP.






(Aishah sedia ke pusat penamaan calon)

Di Jempol, Negeri Sembilan calon PAS, Wan Aishah Wan Ariffin juga sedia untuk bergerak ke pusat penamaan calon.
Beliau bakal bertembung dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung Umno kerana rasuah.







(Datuk Fauzi Shaari bersama Nazri Din berdoa sebelum memasuki pusat penamaan calon)

Di Larut, Datuk Fauzi Shaari mengetuai cabaran PAS dan Pakatan Rakyat di situ. Beliau akan bertanding di Parlimen Larut manakala Nazri Din (Kubu Gajah).
Di Temerloh, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di jangka akan bertembung dengan Saifudin Abdullah di peringkat Parlimen.








(Razman [tengah] mengetuai bacaan doa untuk kemenangan Pakatan di sana)

Di Parlimen Lenggong, Yang Dipertua PAS Kawasan, Razman Zakaria mengetuai cabaran PAS di sana. Beliau yang banyak memperjuangkan hak rakyat khasnya di kawasan Felda dan Felcra dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang di situ.
Di Pulai, Johor, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengetuai cabaran PAS di Parlimen berkenaan. Beliau bakal menentang Datuk Nur Jazlan Mohamad yang akan mempertahankan kerusi itu.







(Salahudin mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong)

Dengan kebangkitan pengundi Cina yang kini menggegar Johor, Salahudin dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
Di Pengkalan Chepa, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz mengetuai cabaran PAS di situ. Beliau akan bertanding di DUN Cempaka. Perarakan bermula dengan solat Dhuha di sebuah masjid dekat sini.







(Tuan Guru Nik Aziz memberikan panduan dan tazkirah sebelum mengimamkan solat)

Lebih 1,000 penyokong PAS turut serta bersama beliau solat sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
Di Titiwangsa, calon PAS Zamri Asa'ad Khuzaimi diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan lebih 1,000 penyokong ke pusat penamaan calon.







(Zamri di tengah-tengah para penyokongnya menuju pusat penamaan calon)

Dengan memakai sepasang baju Melayu hijau, peguam yang pertama kali menjadi calon ini kelihatan ceria. Beliau dijangka akan bertembung dengan calon Umno di sini.







(Pararakan yang mengiringi calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa)

Di Putrajaya, kira-kira 3000 penyokong PAS berarak mengiringi Datuk Husam Musa dari Surau Al Husna ke pusat penamaan calon.
Pusat penamaan calon berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9 yang terletak kira-kira 2 km dari surau itu. 
Husam dan penyokong terlebih dahulu menunaikan solat hajat dan sunat dhuha sebelum berarak ke pusat penamaan. 






Mohamad Sabu bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.







DS Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah ke pusat penamaan calon.

Di Permatang Pauh ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.
Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.
Papagomo yang kononnya ingin menentang DS Anwar Ibrahim tidak kelihatan.






Pn Hjh Kintan Man (DUN SG.Rambai), Hj Yuhaizad Abdullah (Merlimau), Rahmat Yusof (Parlimen Jasin), Ust Kamarudin Sidek (Serkam) & Azmi Khamis (Rim)

Di Politeknik Merlimau, lebih 1,000 orang ahli Pakatan Rakyat berhimpun mengiringi calon-calon DUN dan Parlimen Jasin. Perarakan bermula dari Merlimau Point. Laungan TAKBIR dan INI KALILAH, TUKAR bergema disusuli dengan selawat sepanjang perarakan menuju ke pusat penamaan calon.






[TOP HOT] CHE JOHAN TIDAK BERTANDING DI PASIR MAS. ARAHAN SIAPA?

Umno sebenarnya empat kali dimalukan hari ini.

Pertama, akibat calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang sepatutnya menyerahkan borang pencalonan, akhirnya tidak berbuat demikian.



Kedua, keputusan naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Kangsar menentang calon BN sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS, Khairil Idham Lim, seterusnya membuat pengumuman keluar Umno serta-merta.

Manakala sebab ketiga adalah semakin ramai ahli Umno bertanding atas tiket bebas termasuk bekas menteri pertanian, Shariff Omar di parlimen Tasek Gelugor serta bekas Exco kerajaan Kedah, Fadzil Hanafi yang menongkah arus bertanding sebagai calon bebas di DUN Alor Mengkudu.

Dan terakhir, tiada satu pun kerusi yang ditandingi mendapat laluan mudah, kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN mesti dihadapi dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah dan politik lucah.

Bagaimanapun, dari tiga sebab tersebut, melarikan diri dari medan perang lebih dianggap serius dan memalukan Umno sebagai tunjang BN di seluruh negara kecuali di Sarawak.

Sebab pertama hanyalah menentang keputusan parti dan BN dan tidak lari dari berperang tetapi cabut lari ketika berperang sudah tentu gerombolan tentera akan dianggap sebagai pengecut.

Kegagalan Che Johan menyerahkan borangnya pagi tadi dianggap pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan.

Mustafa yang seakan 'tidak percaya' berkata, watikah telah pun diserahkan kepada Che Johan sebelum hari penamaan calon.

“Ini satu peristiwa yang mengejutkan kami dan kita perlu siasat kenapa perkara ini berlaku. Diharap siasatan dapat disegerakan. Ini adalah maruah parti dan kita mengharapkan calon parti kita bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pagi tadi.

Semasa proses penamaan calon di Pasir Mas, Che Johan yang juga timbalan ketua Umno bahagian, biarpun hadir ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, namun tidak menyerahkan borang pencalonan.

Ekoran itu pertembungan di kerusi tersebut satu lawan satu antara calon Bebas, Ibrahim Ali dengan anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mustapa berkata, peristiwa yang berlaku itu membimbangkannya.





“Yang membimbangkan saya, kita sebuah parti yang besar BN, tak bertanding, maka itu sebab perlu segera mengadakan pertemuan dengan Biro Politik BN untuk mengatur strategi di Parlimen Pasir Mas,” ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Pasir Mas itu dianggap sebagai ‘pengkhianatan' adan menipu penyokongnya sendiri.

“Ini petanda BN akan terus dipinggirkan rakyat di negeri ini. Nasihat saya kepada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

“Mereka nak undi siapa, Ibrahim bukan calon mereka, tetapi beliau bertanding atas tiket Bebas,” ujarnya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa.

Sementara Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad berkata, peristiwa yang berlaku tersebut begitu mengejutkan pemimpin dan penyokong Umno yang hadir pada perarakan calon.

“Kemungkinan ia bukan satu taktik Che Johan, tetapi mungkin arahan daripada pihak atasan dengan harapan Ibrahim boleh menang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pasukan kempen bekas Ketua Umno Pasir Mas dalam kempen mereka menganggap Ibrahim adalah calon boleh menang.

“Saya lihat sendiri Che Johan hadir bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon, namun sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, hanya diisytiharkan dua calon sahaja.

“Dan saya yakin dia tidak serah borang pencalonan. Jika dia serah borang dan diisytiharkan bertanding, maka berlakulah pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan Bebas,” ujarnya.

Itu kata Mustapa sebagai bos Umno dan BN negeri.

Tetapi walaupun 'nasihat' Mahathir yang mahukan Ibrahim diberi peluang bertanding terlaksana, namun Umno sudah hilang harga diri dan maruah parti.

Ternyata Mahathir sanggup membelakangkan partinya yang pernah meletakkan dirinya sebagai perdana menteri paling lama dalam sejarah negara atas kepentingan peribadi dan rakan-rakannya.

Umno bahagian malah Umno Kelantan sendiri sudah tentu akan mendesak Che Johan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya yang seperti diarahkan boleh mengakibatkan pemecatan secara automatik.

Di manakah maruah Umno bahagian apabila ada bekas pemimpin sanggup mencampuri urusan dalaman parti walaupun individu tersebut bergelar bekas presiden Umno?

Alangkan Umno boleh diharamkan pada 4 Februari 1988 sebab tindakan 'Kumpulan 13' mengheret keputusan pemilihan agung pada 1987 pun atas 'tangan-tangan Mahathir' ke atas sistem kehakiman negara, inikan pula mencatur kawan baiknya Ibrahim supaya peluang menang di Pasir Mas tetap menyala.

Najib Altantuya dan Muhyiddin Yassin bukan malu kepalang melihat tindakan Mahathir dan sepatutnya bukan saja Che Johan dilucutkan keahliannya bahkan Mahathir sendiri!

Persoalannya, mampukah Najib Altantuya menentang bekas presiden Umno itu yang masih dilihat berpengaruh dalam parti itu?

Atau adakah 'perjanjian tertentu' yang mengikat kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu supaya tunduk dan patuh sahaja ke atas arahan Mahathir selama mereka masih berkuasa?

Benarlah kata-kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim bahawa Najib Altantuya cukup takut kepada dua manusia yang dikenalinya, pertama, suaminya sendiri Rosmah Mansor dan kedua, Mahathir Mohamad!
  
sumber http://jalanpulang1978.blogspot.com/

[TOP HOT] AZWAN ALI SOKONG AZMIN DI GOMBAK



 
Pengacara sensasi, Azwan Ali turut berada di samping abangnya, Azmin Ali yang dicalonkan sebagai wakil Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kerusi parlimen Gombak.

Azwan yang kelihatan ceria bersama-sama ribuan penyokong Pakatan Rakyat hadir bagi memberi sokongan kepada abangnya dan melihatkan suasana itu, jelas fitnah yang dilempar Umno selama ini meleset.