Saturday, 27 April 2013

[VIDEO + GAMBAR] ANWAR DI MIRI SARAWAK | 26 April



Kalau kita lihat semalam di Putrajaya, puluhan ribu orang bersama ceramah Husam Musa & TG Nik Aziz, keadaan hampir serupa juga disaksikan nun jauh di Miri, Sarawak di mana Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan lebih 8,000 orang yang kebanyakkannya berketurunan Cina dan Iban dalam satu ceramah mega di bandar minyak itu malam tadi.

Anwar yang dalam rangka kerja kempen di negeri ini turut tidak melepaskan peluang menembak 'peluru' kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak yang gagal menyahut cabaran calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa untuk berdebat.

Kehadiran Anwar diserikan lagi dengan sambutan besar-besaran oleh penduduk setempat yang seakan tidak mampu melepaskan peluang untuk bersalaman dengannya walaupun sebelum itu berada di Sibu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

 Turut hadir, bekas ahli parlimen, Wong Ho Leng yang merupakan pengerusi DAP negeri yang tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya kerana masalah kesihatan.

[GAMBAR] HOT PUTRAJAYA; LAUTAN MANUSIA DI CERAMAH PAS HUSAM MUSA | 26 April

Puluhan ribu rakyat hadir dalam ceramah PAS; Husam Musa di Putrajaya malam tadi. Anda saksikan sendiri betapa jelasnya BN tidak lagi releven dari kaca mata rakyat Malaysia.



Belum pernah dalam sejarah Putrajaya sejak ia dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kehadiran sebegini hebat dilihat walaupun beberapa acara besar seperti konsert akhir Akademi Fantasia dan perayaan Hari Kebangsaan pernah diadakan.

[VIDEO + GAMBAR] WARGA PUTRAJAYA SERBU TG Nik Aziz & Husam Musa | selepas solat Jumaat di Putrajaya


 



sumber gambar: FB

Sebaik-baik sahaja mengetahui kehadiran TG Nik Aziz dan Datuk Husam, warga Putrajaya yang menunaikan solat Jumaat (26/4) di Masjid Besi, Putrajaya terus menyerbu ke arah kedua-dua pemimpin ini untuk bersalaman.
Apa khabar Tengku Adnan, adakah Husam akan hilang wang deposit? -DCM
 240x360
 sumber gambar: blog Omak kau




Friday, 26 April 2013

[VIDEO IMBASAN] ANWAR IBRAHIM 1998 | maruahnya dicalar




Saksikan video lampau ini, pesanan seorang pejuang terhadap anak-anak & rakyat marhaen " menegak yang hak, membela nasib rakyat miskin, mempertahankan maruah bangsa, meningkatkan syiar agama Islam. 

#TumbangBN!
DENGAR AKAN KATA2 ANWAR IBRAHIM ini pada tahun 1998, hanya RAKYAT MALAYSIA yang bijak saja akan memastikan Barisan Nasional dan suku sakatnya di TUMBANGkan pada 5 mei ini! sharing is caring!. peace no war! (^_^)



240x360
ini kalilah pru13
link Youtube :-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO] HUSAM MUSA - PEMBONGKARAN SKANDEL di Tingkat 4 PUTRAJAYA | 21 April 2013


Saksikan  point2 menarik  ceramah oleh YB Dato' Hj Husam Musa, penyandang Dun Salor & calon Parlimen Putrajaya  pada  10 Jamadil Akhir  1434H  / 21 April 2013M. 
Minta maaf :-
  • Audio                = Berdengung
  • Bahasa ucapan  = Kelantan
Point2 minit menarik :-

06:13 = nak mamposkan UMNO
14:04 = xtakutka bersalam ngan aku ni
17:49 = mandi wajib 5 minit sekali
19:05 = saya pegawai kerajaan p beli bendera sendiri
21:35 = pejabat, rumah dibagi free
25:00 = SB cakap macamana filem SeX dibuat
25:28 = mana pejabat dia; belakang Pejabat Perdana Menteri Tingkat 4
29:00 = najib bagi amaran jgn minum teh dgn Husam
31:45 = nak Nik Aziz jd iman mula2 kat Putrajaya
41:08 = motosikal kuasa kecil xpayah bayar roadtax
50:53 = doa

saksikan:-
 
240x360x480



 

[VIDEO TERBAIK] AZMIN PULA MASUK BILIK GERAKAN BN | lu pun sempoi....




Kejadian ini berlaku pada hari Isnin lepas iaitu 22hb April 2013, baru sahaja 2 hari kempen  bermula. ex YB Parlimen Gombak Azmin Ali telah memasuki salah satu pondok panas  di Keramat AU1B.

Kami dari Tim Ajensi Fakap EP dengan ini menolak penuh budaya politik samseng yang 
selalu di bawa Barisan Nasional dan kini menular barah kepada NGO2 pendesak  Melayu seperti PERKASA dan JATI.
Hasil rakaman video ini elok kiranya kalian semua menjadikan contoh tauladan. dan carilah  cara politik cara matang dan bijak. Sesungguhnya kita semua adalah bangsa Malaysia.

Tonton video di bawah.
 240x360x480x720HD
Tahniah YB Azmin Ali serang pondok panas BN dengan penuh hormat. Ini memang calon yang berwibawa.  Biar kita berlainan parti politik tapi kita juga sahabat. Bukan macam president UMNO yang mengharamjadahkan orang yang tidak bersependapat dengannya. Harap cara politik seperti ini dapat di suburkan di bumi Malaysia. sekian 


sumber:- http://www.erapasca.com/


[GAMBAR TERBAIK] NIZAR MELAWAT BILIK GERAKAN BN | sempoi......

 




CARA NIZAR BERKEMPEN BUAT PARA PETUGAS BN MALU ALAH DAN CALON RASA SERBA SALAH SEBAB TAU NAK KALAH!!!!!!

Panassss!!!!!!...Nizar singgah  sambil bertanya khabar di Bilik Gerakan BN di Changkat Jering....Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Ir Nizar Jamaluddin semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamber rock beliau memberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.

Suasana ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang.

BERKEMPEN SECARA BERHEMAH AKAN MEMPERCEPATKAN UMNO REBAH!!!!
sumber:- http://omakkau.blogspot.com/
ini kalilah pru13 
link Youtube
 

[LAWAK] MAT LUTHFI BERKEMPEN | nak pangkah parti mana ni.....?


Parti mana yang hendak dipangkah. Melalui video ini, ada beberapa kriteria untuk memilih calon pemimpin anda. 
- calon yang sedap didengar......
- calon yang bercakap tentang idea & hujah......
- calon yang bercakap untuk Malaysia.....
- calon yang sentiasa senyum, kita perlukan PERUBAHAN ke arah yang lebih positif......

Kita sama-sama rakyat jangan bergaduh teruk-teruk sangat. Kemungkinan besaq bila kita susah nanti kawan kita yang kita duk bermusuh tu yang akan datang tolong, bukan pemimpin. MATLUTHFI
---------------------------------------------------------------------------------------
**Mungkinkah Mat Luthfi adalah calon anda? Sama-sama kita saksikan.
ENJOY!!!.....



 240x360x480x720HD

Thursday, 25 April 2013

[HOT] PENJELASAN POLIS | undi POS undi AWAL


Terima kasih PDRM sebab amek inisiatif untuk terangkan kepada public. Walaupun aku (amenoworld) sangat pelik dan hairan. Tugas neh sepatutnya dijalankan oleh SPR sebab yang menguruskan hal pilihanraya ialah SPR, bukan nya PDRM.
PDRM ialah di posisi yang kena patuh kepada arahan dan undang2 yang termaktub dalam akta pilihanraya yang mana benda neh dalam bidang kuasa SPR meskipun di bawah parlimen.
PDRM juga perlu mengundi untuk membuat pilihan. Isu kekeliruan neh seelok2nya harus diperjelaskan oleh SPR itu sendiri sebab ini bidang kuasa dia bahkan ini ialah tugas dan tanggungjawab dia, bukan ada kaitan dengan POLIS pun. Tapi takpela, PDRM mungkin nak membantu membersihkan nama baik agensi mereka dari persepsi negatif disebabkan secara tidak langsung nama POLIS turut terbabit dalam kes di atas.. almaklumla gambar2 yang tersebar tue ada kaitan juga dengan POLIS.
Berikut di bawah ialah penjelasan mereka ;

[HOT] MILOSUAM NAK DIHANTAR KE PENJARA | upload gambar kertas undi ja bro!!!

      


 "Wal iya zubillah". Minta lindunglah kita untuk sahabat2 blogger PR  yang hanya cuma ingin memaparkan kebenaran ni. Apakah salah kita ingin mencari jawapan terhadap SPR. Last2 nak dipenjarakan pula. Aku pun dah naik 'kecut', mana nak cari RM50k tu nak bayar saman kalaulah aku berada dlm situasi tu. Baru semalam aku upload pasai UNDI AWAL ni. Rujuk SINI. Tupun aku cilok amenoworld & milosuam. Bila aku baca, berpeluh gak. Dah la blog aku ni ; http://inikalilahpru13.blogspot.com/ baru hidup 2 minggu.
Kat bawah ni artikel mengenai 'SPR Report Polis Ke Atas Blogger MILOSUAM' tu. Ini lg sekali aku cedok dari amenoworld. Bacalah.


SPR Report Polis Ke Atas Blogger MILOSUAM

Kerana upload gambar kertas undi. Gambar tue went viral kat facebook selepas di upload oleh pemuda pas mana tah. Then blogger milosuam highlightkan info yang diterima dalam blog. Ada info tambahan disitu.

Wednesday, 24 April 2013

[TOP HOT] POLIS & MEDIA DAH MENGUNDI | kata 30 April 2013, camna ni

Artikel2 mengenai polis & petugas2 media mengundi awal ni aku cedok dari 2 blog terHOT seantero. (Milo Suam & Ameno World). Kita tengok apa reaksi mereka.

*Situasi 1 : PETUGAS2 MEDIA
(sumber-ameno world)

Aik?
Rilex. Kita bukan nak tuduh2. Tetapi kita berhak mempersoalkan sebab apa yang tercatat dalam akhbar adalah berbeza dari apa yang sedang berlaku ketika ini.  

Mula2 perhatikan laporan neh ;


Bagi kaedah pengundian awal melibatkan petugas-petugas media, anggota keselamatan dan pengundi yang berada di luar negara, tarikh untuk mereka mengundi ditetapkan pada 30 April.
Pengundian awal mula diperkenalkan pada PRU-13 bagi menggantikan undi pos.


Tuesday, 23 April 2013

[INGAT] SETELAH BERUSAHA; BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH | dengan berdoa



Di kala sepi ini, tentu mengingatkan kita kepada keluh kesah bebanan hidup sebagai rakyat marhaen.........

HARGA kereta....MAHAL...
HARGA rumah....lagi MAHAL...
HARGA MINYAK... xTURUN....
GAJI masih rendah...
PTPTN masih mengHANTUi...
KOS SARA hidup masih mencekik...
AES mengintai3...
RASUAH berleluasa...
POLIS sibuk jaga AHLI POLITIK...
JENAYAH SOSIAL makin meningkat...
PATI semakin RAMAI...
HUTANG NEGARA cecah TRILLION....
KERAJAAN masih membazir....
beli JET mahal dari harga pasaran....
MENTERI taraf SPM....
PM & RM berjoli3....
TANAH makin banyak TERGADAI...
MINYAK makin kering....
CUKAI makin naik.....
HUTAN makin nipis....
SAMSENG makin menggila.....
GULA naik...
TOL naik............
SEMUA naik......

[VIDEO] Satu Anwar Ditangkap, Ribuan Anwar Akan Bangkit Tumbangkan UMNO BN




Kita saksikan video pencerahan minda ini oleh Ketua Srikandi Keadilan Malaysia; Siti Aishah Shaik Ismail, Calon PKR Parlimen Tambun (P063) yang dirakam pada 15 April 2013 di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak.
Alangkah moleknya jika video ini disiarkan kepada ayah, ibu, makcik, pakcik, tok & tokwan yang berada di kampung2 yang terletak di ceruk pelosok, pedalaman & yang jauh dari informasi internet untuk membuka minda mereka yang hanya hidup & mati untuk BN.


 video pilihan HD

[GAMBAR] PESAWAT BOING PRU13-PAS - MALAYSIA | Mendarat di Sik, Kedah

Gambar dirakam di Sik Kedah. Orang-orang kampung berkerjasama membina sebuah replika kapal terbang yang terbesar setakat ini dibina oleh para ahli dan penyokong PAS.

PAS adalah sebuah parti yang mempunyai ahli dan penyokong paling kreatif dan bersungguh-sungguh dalam mempromosi parti berkenaan menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung pada 05 Mei 2013.

Selepas pilihanraya kelak replika ini boleh dikekalkan sebagai mercu tanda kampung berkenaan. Kewujudan replika besar ini akan memudahkan kampung berkenaan dikenali dan diingati.

Mungkin juga akan mendapat jolokan nama baru sebagai Kampung Kapal Terbang.




SIK: Replika kapal terbang PRU13 kini menjadi mercu tanda Kampung Batu Besar, 16 kilometer dari pekan Sik.  
Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kampung berkenaan, semata-mata mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang.

[INGAT] NAK UNDI SAPA NI? | buat pilihan untuk PERUBAHAN

Anda nak mengundi tapi tak tahu nak undi siapa? Ini kali pertama anda mengundi? Tak tahu nak undi calon BN, PR atau Bebas? Nak undi BN tapi tak suka Rosmah? Nak undi PAS tapi tak suka DAP? PKR camna? Berikut adalah panduan dan tips2 berguna yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat keputusan nak undi siapa.



1. Undi mengikut PARTI

Anda merupakan seorang penyokong atau macai parti politik sama ada BN atau PR. Anda akan memangkah sapa2 sahaja yang dicalonkan di tempat anda walaupun anda tahu beliau seekor beruk pernah ada rekod yang tidak baik kerana bagi anda faktor calon tak penting, yang penting parti yang anda sokong menang pilihanraya.

[INGAT] DAKWAT KEKAL | biar kering baru pangkah

Pada hari Pru13 ini, SPR akan menggunakan dakwat untuk menandakan jari2 kamu. Jadi pastikan dakwat ini kering sebelum mengambil kertas undi anda. Ini untuk mengelakkan dakwat ini daripada mengotorkan kertas undi anda yang boleh dianggap tidak sah. Di negara2 lain, amalannya ialah menandakan jari2 selepas menanda kertas undi kamu. Ini untuk mengelakkan kertas undi daripada kerosakan akibat daripada kotoran dakwat. Tetapi di Malaysia, SPR membuat sebaliknya ( iaitu menandakan jari2 kamu sebelum mengambil kertas undi anda). Ini mungkin boleh menyebabkan pengundi mengotorkan kertas undi mereka yang boleh menjadikan undian tidak sah. Sila beritahu & share ini kepada keluarga, saudara & juga kawan2 kamu.

Itulah peringatan seorang 'facebooker' yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang tetapi BESAR kesannya kepada perjuangan kita selama ini. Harap sedikit sebanyak menjadi pedoman & panduan untuk kita pada hari mengundi nanti.



**Peringatan dari seorang 'facebooker' mengenai penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian nanti. BACA & SEBARKAN.










[GAMBAR] NO COMMENT | 3 gambar shj

no komen...no komen.....no komen..........!!!








ini kalilah pru13

Monday, 22 April 2013

[VIDEO] CONFIRM MAT TAIB = PAS

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasmi mengumumkan menyertai PAS sekaligus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu yang tersebar sejak beberapa minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Muhammad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

[VIDEO] TV3 NAK KENA TERAJANG MASUK PENJARA | selagi menfitnah

        

TV3 nak kena terajang masuk penjara kalau tak hentikan fitnah yang selalu dibuatnya. Itulah antara isi ceramah DS Anwar Ibrahim di Kuala Kurau yang dibanjiri ribuan orang walaupun cuaca panas. Berlainan pula dgn video ke2, hujan sangat lebat namun rakyat tidak berganjak untuk mendengar amanat Dato' Seri. Ini kalilah......"LAWAN TETAP LAWAN"........

Saksikan .......!!!


**CERAMAH ANWAR IBRAHIM KUALA KURAU | 21-4-2013**


**CERAMAH ANWAR IBRAHIM, KUALA SEPETANG | 21-4-2013**



Sunday, 21 April 2013

[HOT] CHE' GU BARD | konflik Sg Acheh

Peristiwa 20 April 2013: | Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh


Assalamualaikum WBT,

Semalam, tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.

Sepengetahuan umum, che'GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.

Ternyata che'GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.

Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008... Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!


Malah pagi kelmarin cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che'GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak...
Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che'GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che'GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che'GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che'GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che'GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya...

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che'GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.

InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che'GuBard yang menjadi calon pilihan. che'GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che'GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.

Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.

Sekian pengamatan saya 20 April 2013...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia


**Sumber:- http://shalehudin.blogspot.com/



[VIDEO + GAMBAR] ANWAR IBRAHIM HOT | Penamaan Calon 20 April 2013

**Gambar & video sekitar Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh- Dato' Seri Anwar Ibrahim


 
Penyokong-penyokong PR sekitar Parlimen Permatang Pauh


 Memenuhi undangan kenduri di rumah Pak Zakaria di Mengkuang.


Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Dr. Afif Bahardin dan wakil² calon berdoa sebelum berangkat ke pusat penamaan calon di Bukit Mertajam.


" With DS team on the way to Nomination Day for P44."


Beribu-ribu menunggu ketibaan DS Anwar Ibrahim 1 kilometer dari pusat penamaan calon


 Menuju ke Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh


Penamaan Calon Permatang Pauh


DS Anwar Ibrahim & Mazlan Ismail bersalaman selepas penyerahan kertas pencalonan.


Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh | DS Anwar Ibrahim


[VIDEO-GAMBAR] HUSAM MUSA HOT PUTRAJAYA | Penamaan Calon



Husam Musa diiringi oleh  ribuan penyokong di penamaan calon PRU13 di Putrajaya pagi semalam (20 April 2013). Husam yang menentang  Tengku Andan dijangka menang besar di Putrajaya. Dianggarkan 7000 orang mengiringi Husam sempena hari penamaan calon hari ini.

Tengku Adnan yang menyandang kerusi parlimen Putrajaya pula dijangka akan kalah berikutan boikot yang bakal dilakukan oleh penduduk Putrajaya lebih-lebih lagi setelah berlaku kes Adnan menampar seorang penjawat awam yang juga Ketua cawangan UMNO.

Pytrajaya adalah kawasan yang didominasi oleh penduduk yang berstatus penjawat awam. Namun mereka kini lebih berani menunjukkan sokongan kepada parti selain Barisan nasional. Bravo PA!!!!


 
Penamaan Calon Parlimen Putrajaya - Husam Musa


 
Saya Mahu Bela Nasib Penjawat Awam - Husam Musa


Gambar di bawah ini diambil ketika Datuk Husam Musa mendapat restu ibunya, Hajah Salma sebelum beliau berlepas ke P-125 Putrajaya dan akan berkampung di P-125 Putrajaya. Ketika ini, ibu beliau sudah tiga minggu di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan
 

**Kita layan gambar masa pencalonan plak Bro!!!!!! Jangan sedih 'be happy'........









 Sumber :-               http://www.wasukalu.com/