Gambar dirakam di Sik Kedah. Orang-orang kampung berkerjasama membina sebuah replika kapal terbang yang terbesar setakat ini dibina oleh para ahli dan penyokong PAS.
PAS adalah sebuah parti yang mempunyai ahli dan penyokong paling kreatif dan bersungguh-sungguh dalam mempromosi parti berkenaan menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung pada 05 Mei 2013.
Selepas pilihanraya kelak replika ini boleh dikekalkan sebagai mercu tanda kampung berkenaan. Kewujudan replika besar ini akan memudahkan kampung berkenaan dikenali dan diingati.
Mungkin juga akan mendapat jolokan nama baru sebagai Kampung Kapal Terbang.

SIK: Replika kapal terbang PRU13 kini menjadi mercu tanda Kampung Batu Besar, 16 kilometer dari pekan Sik.
Orang
ramai tidak putus-putus mengunjungi kampung berkenaan, semata-mata
mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang.
Idea membina replika kapal terbang itu dicetuskan oleh ulama tersohor yang juga Penaung Madrasah Al-Rahmaniah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Replika yang berukuran 58 kaki panjang, 56 kaki lebar dan perimeter 40 kaki itu berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua bulan.
Para pengunjung sekarang sekitar 1,000 ke 2,000 orang sehari, dari kanak-kanak hingga warga emas dan lebih ramai lagi pada hari cuti.
Ada pelawat yang terpaksa datang semula kerana tidak dapat masuk ke dalam replika itu disebabkan pengunjung ramai.
Kira-kira 5,000 orang hadir semasa perasmian replika itu yang dilakukan bersama oleh Tuan Guru Haji Salleh, calon-calon PRU13 iaitu Che Uda Che Nik (Parlimen Sik), Abu Bakar Bakilani (Dun Belantek) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Dun Jeneri).
Anak-anak muda tempatan dan anggota Unit Amal Sik bertugas 24 jam bagi mengawal lalu lintas ekoran pengunjung yang semakin bertambah termasuk pelancong luar negara.
Mereka juga menjual baju-T, jam dinding dan payung sebagai cenderahati kepada pelawat.
***Dikatakan juga pesawat ini mempunyai pramugarinya sendiri. Adakah gambar ini seperti yang dimaksudkan? Untuk mengetahui jawapannya, sama2 kita berkunjung ke Kampung Batu Besar, Sik, Kedah..........haroooraree!!!
*ini kalilahpru13
*youtube
No comments:
Post a Comment