Wednesday, 24 April 2013

[TOP HOT] POLIS & MEDIA DAH MENGUNDI | kata 30 April 2013, camna ni

Artikel2 mengenai polis & petugas2 media mengundi awal ni aku cedok dari 2 blog terHOT seantero. (Milo Suam & Ameno World). Kita tengok apa reaksi mereka.

*Situasi 1 : PETUGAS2 MEDIA
(sumber-ameno world)

Aik?
Rilex. Kita bukan nak tuduh2. Tetapi kita berhak mempersoalkan sebab apa yang tercatat dalam akhbar adalah berbeza dari apa yang sedang berlaku ketika ini.  

Mula2 perhatikan laporan neh ;


Bagi kaedah pengundian awal melibatkan petugas-petugas media, anggota keselamatan dan pengundi yang berada di luar negara, tarikh untuk mereka mengundi ditetapkan pada 30 April.
Pengundian awal mula diperkenalkan pada PRU-13 bagi menggantikan undi pos.



Itu di petik dari KOSMO ya, KOSMO. Rujuk link tersebut. Dan ini apa yang tersebar oke.

Kertas undi sudah mula disebarkan ke?

Itu satu isu.

Dan pasal no siri. Sebenarnya ini semua persoalan2 yang SPR kena jawab memandangkan kita semua keliru dengan apa yang sedang berlaku neh.





Baiklah, gambar2 ini adalah sumbangan dari rakan2 online.. bukan orang yang sama oke. Yang menjadi persoalan ialah tarikh pengundian awal ialah 30 april. Tetapi kertas undi dah disebarkan sekarang. Then ada pula no siri. 2 no siri. Bukan satu. Satu kat borang. Ko koyak ko nak kira undi. Then satu kat kertas undi tue sendiri, itu pun no siri yang berbeza dari yang dikoyakkan tue, kenapa? Adakah nanti lepas mengundi, mereka akan amek no siri itu, rekodkan dalam buku dan semak kembali selepas proses pengundian tamat? Nak tahu dia pangkah siapa ? Itu pun jadi tanda tanya gak pada mereka2 neh.
Harap SPR dapat menjelaskan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jangan salahkan kita yang bertanya, kerana kita ada hak untuk ambil tahu. Oke. Bai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
* betul kata Ameno tu, kita ada hak untuk ambil tahu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Situasi 2 : POLIS
(sumber-milo suam)

SALAH seorang sahabat seorang anggota Polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).





Sahabat ini turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.
Kalau dilihat dari nama yang tertera, ia menunjukkan sahabat ini mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon KEADILAN di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN, Ahmad Fauzi Zahari.



Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

PERHATIAN!!!
Salam admin,minta jasa baik admin ambil berat ap yg saya ingin smpaikn ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM ,di sini sy nk bgtau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutny bermula 3 hari awal dr undi awam tp skrg ni baru berapa hari bulan

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yg ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi,terdapat borang yg sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yg sama dgn kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkn ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung,siap ada no siri,kwn2 ada kiri kanan,bersepah2 undi..tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 **Adakah semua ini fitnah atau penipuan terang-terang? Apa-apa pun kita nantikan kupasannya dari admin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 **Tapi aku rasa sebagai blog baru ni http://inikalilahpru13.blogspot.com  aku dah dapat jawapannya separuh. Cuba korang baca & kaji prinscreen kat bawah ni. Penjelasan perkara sebenar kita tunggu jawapan dari SPR.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


.
.
.
.
.


 sumber :- http://amenoworld.blogspot.com/
 sumber :- http://milosuam.blogspot.com/
 ini kalilah pru13






No comments:

Post a Comment