Thursday, 25 April 2013

[HOT] PENJELASAN POLIS | undi POS undi AWAL


Terima kasih PDRM sebab amek inisiatif untuk terangkan kepada public. Walaupun aku (amenoworld) sangat pelik dan hairan. Tugas neh sepatutnya dijalankan oleh SPR sebab yang menguruskan hal pilihanraya ialah SPR, bukan nya PDRM.
PDRM ialah di posisi yang kena patuh kepada arahan dan undang2 yang termaktub dalam akta pilihanraya yang mana benda neh dalam bidang kuasa SPR meskipun di bawah parlimen.
PDRM juga perlu mengundi untuk membuat pilihan. Isu kekeliruan neh seelok2nya harus diperjelaskan oleh SPR itu sendiri sebab ini bidang kuasa dia bahkan ini ialah tugas dan tanggungjawab dia, bukan ada kaitan dengan POLIS pun. Tapi takpela, PDRM mungkin nak membantu membersihkan nama baik agensi mereka dari persepsi negatif disebabkan secara tidak langsung nama POLIS turut terbabit dalam kes di atas.. almaklumla gambar2 yang tersebar tue ada kaitan juga dengan POLIS.
Berikut di bawah ialah penjelasan mereka ;






#PRU13 #GE13 JANGAN SALAH TAFSIR UNDI POS DAN UNDI AWAL
PDRM menyeru semua pihak memberhentikan penyebaran berita tidak benar di media sosial dengan serta merta. Penyebaran berita yang tidak benar mengenai anggota polis sudah mula mengundi boleh disalah tafsir oleh orang ramai seolah-olah terdapat penipuan dalam proses undi, sedangkan prosedurnya adalah jelas, iaitu Undi Pos telahpun bermula sejak 23 April 2013 dan Undi Awal pula akan dilaksanakan pada 30 April 2013. 

Apa yang digembar-gemburkan di beberapa blogs bahawa anggota polis telah memulakan Undi Awal sebenarnya adalah proses Undi Pos. Oleh itu, penyebaran berita yang mengatakan polis telah mengundi awal sebelum 30 April 2013 tersebut boleh disifatkan, dan tertakluk kepada, perbuatan fitnah.

Rujukan  :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?fref=ts&filter=1
Rupanya undi POS. Jikalau begitu apa agaknya protokol yang terbabit ketika pengundian POS dilakukan? Sejauh mana pengundi2 POS menyedari mereka terikat dengan peraturan tertentu? Dan sejauh mana pengundi2 POS ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali? Macam mana SPR pantau agaknya? Ini menjadi tanda tanya kita dan kita minta SPR jawab, bukan polis jawab bagi pihak SPR. Terima kasih. Bai.

-------------------------------------------------------------------------------------
SPR < POLIS < POLIS < SPR
-------------------------------------------------------------------------------------

cedok:- amenoworld   

No comments:

Post a Comment