Saturday, 27 April 2013

[GAMBAR] HOT PUTRAJAYA; LAUTAN MANUSIA DI CERAMAH PAS HUSAM MUSA | 26 April

Puluhan ribu rakyat hadir dalam ceramah PAS; Husam Musa di Putrajaya malam tadi. Anda saksikan sendiri betapa jelasnya BN tidak lagi releven dari kaca mata rakyat Malaysia.



Belum pernah dalam sejarah Putrajaya sejak ia dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kehadiran sebegini hebat dilihat walaupun beberapa acara besar seperti konsert akhir Akademi Fantasia dan perayaan Hari Kebangsaan pernah diadakan.









Bertempat di Presint 3 berhampiran Istana Kehakiman, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan disambut oleh puluhan ribu rakyat yang setia menunggu sejak jam 8 malam lagi.
Rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang hadir merupakan kakitangan kerajaan yang menetap di sini dan ada di antaranya datang dari Bangi, Kajang dan Sepang.






Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz benar-benar membuktikan bahawa pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu seakan berjaya 'ditawan' walaupun calon Barisan Nasional (BN), Adnan Mansor mendakwa calon PAS bagi parlimen ini, Husam Musa hampir pasti akan kehilangan wang deposit pilihanraya 5 Mei ini.
Cetusan semangat yang ditunjukkan rakyat pantas diterjemahkan dengan siri solat fardhu Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang sudah menjadi lautan manusia yang belum pernah tergambar dalam kepala pemimpin BN.





Turut menyampaikan ucapan adalah Husam sendiri dan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan Yang di-Pertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria.

Hadirin tidak berganjak menunggu ketibaan Tuan Guru Nik Aziz dan kehadirannya disambut laungan TAKBIR dan ALLAHUAKBAR bersilih ganti yang menggegarkan kota pentadbiran terbesar di Asia itu.

Wartawan akhbar The Straits Times Singapura yang ditemui turut terkejut dengan sambutan luar jangkaan kerana dia hanya menganggarkan kira-kira 4,000 orang saja yang hadir sedangkan jumlahnya mencecah 30,000 orang.



sumber : jalan pulang
ini kalilah pru13
link Youtube
 

No comments:

Post a Comment