Kalau kita lihat semalam di Putrajaya, puluhan ribu orang bersama ceramah Husam Musa & TG Nik Aziz, keadaan hampir serupa juga disaksikan nun jauh di Miri, Sarawak di mana
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan lebih
8,000 orang yang kebanyakkannya berketurunan Cina dan Iban dalam satu
ceramah mega di bandar minyak itu malam tadi.
Anwar yang dalam rangka kerja kempen di negeri ini turut tidak melepaskan peluang menembak 'peluru' kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak yang gagal menyahut cabaran calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa untuk berdebat.
Kehadiran Anwar diserikan lagi dengan sambutan besar-besaran oleh penduduk setempat yang seakan tidak mampu melepaskan peluang untuk bersalaman dengannya walaupun sebelum itu berada di Sibu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

Turut hadir, bekas ahli parlimen, Wong Ho Leng yang merupakan pengerusi
DAP negeri yang tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya kerana
masalah kesihatan.
Sebelum ke Sibu, ribuan rakyat membanjiri pekan Saratok melihat
kehadiran Anwar yang terus disambut meriah oleh penduduk tempatan yang
teruja dengan ucapan bersemangat Anwar walaupun kepenatan sejak tiba jam
1 tengah hari dari Kuala Lumpur.
Bertempat di pekan Batang Lupar pula, Anwar terus bersemangat melihatkan
ribuan penduduk kaum Iban dan Bidayuh berpusu-pusu hadir walaupun cuaca
agak panas di pekan ini.
Namun semangat perubahan yang ditiupkan Anwar dalam ucapannya yang menyentuh pemberian pendidikan percuma dan harga minyak dikurangkan sebanyak 40 sen pada 7 Mei nanti membuatkan rakyat bersatu dengan sorakan 'Ini Kali Lah' yang popular di Sabah.

Lihat sahaja ke mana Anwar pergi, pasti rakyat tidak akan melepaskan
peluang untuk bersalaman dan bertanya khabar malah ada yang
menasihatkannya supaya berehat kerana jadual kempen yang sangat padat.
Anwar yang terharu mendengar nasihat dari seorang warga emas turut mengucapkan terima kasih atas kehadirannya kerana anak muda sudah berani membuat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan mereka.

Difahamkan, Najib yang mengetahui jadual Anwar ke Sarawak bertemu
pengundi di parlimen batang Lupar akan tiba hari ini kira-kira jam 11
pagi nanti seakan 'membalas' serangan yang Anwar lancarkan petang tadi.
Tetapi nampaknya, Najib sudah ketinggalan bas kerana pagi nanti Anwar akan menyerang Sabah di beberapa kawasan panas seperti di Inanam, Beaufort, Papar dan memulakan langkah di Wilayah Persekutuan Labuan di mana calon KEADILAN, Ibrahim Menudin akan diberi suntikan semangat untuk terus bekerja kuat menentang calon BN.

Nota: Gambar di atas adalah suasana di bandar Miri kira-kira jam 11
malam dan kebiasaannya bandar ini sudah lengang sekitar jam 10.30 malam.
Lihatlah angin perubahan rakyat yang dijana oleh Anwar bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat negeri tanpa sedikit pun merasa lelah kerana melihatkan sokongan padu rakyat yang mahukan Putrajaya dikembalikan kepada rakyat.

240x360
sumber : jalan pulang
link Youtube:-
No comments:
Post a Comment