Sunday 12 May 2013

BEZA MEMANG BERBEZA | lembuku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFox7FqTXlhtCh5WbQhoZR-36idwJWac-N7RuOdtW1RWeunrynNgtB2PGJmRFfNHj3u4aNOc6pNyG1iXFh1gc7PqAYZs7QMapfpXdyJCl3awL0SmG-pKaHzkTgrpD-J4Kz3VlaD28m3AI/s1600/lembu2.jpg


RUBIAH OMAR
10 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang janda enam anak begitu selamba mengaku bersalah mencuri dua ekor lembu betina di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Susulan pengakuan bersalahnya itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Che Wan Norsharinawati Che Wan Abdullah, 30, dari Kampung Paya Balai, Dungun.

Che Wan Norsharinawati mengaku bersalah bersama-sama dengan tiga lagi rakan lelakinya iaitu Saadon Atan 49; Zamri Ismail @ Yunus, 46; dan Azhari Bidin, 32, mencuri dua ekor lembu betina di kandang lembu di belakang rumah di Jalan Pusara, di sini, antara jam 6 petang pada 23 Januari sehingga jam 4 pagi pada 24 Januari lalu.

Berikutan itu, Che Wan Norsharinawati didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Che Wan Norsharinawati tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 27 Januari lalu rakannya, Azhari Bidin dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas turut mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah.

Saturday 11 May 2013

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT | hari ini 11 Mei BATU KAWAN

[VIDEO] UNCLE DA' BEST vs PAK CIK DA' HARDCORE | rentetan PRU13

Hiburan di tengah malam.

Mula-mula baca coretan dari blog karat e-jau ni dulu. Seorang pak cik yang HIDUP MATI utk BN. Pastu sama 2 kita layan video 'uncle da best' di bawah.
PERSOALANNYA...
Bagaimanakah kita hendak mengubah pemikiran Pak cik menjadi Uncle?



Semasa gua sedang  lepak sambil menunggu rakan gua sampai..tetiba gua terpandang pak cik nii..orangnya nampak masih sihat walaupun mukanya kelihatan sudah dimamah usia,Namun kasihnya kepada UmnoBn hingga keakhir hayat..

Gua sempat bersembang dengan pakcik nii..semasa gua menghampirinya dia kelihatan senyum seperti berbangga dengan helaian T-shirt dan sarung lengan yang berlambangkan dacing..Salam gua dijawabnya dengan perlahan saja..apibila gua tanya tinggal di mana.."Dalam nii saja.."katanya sambil menunjuk ke arah Kampung Melayu dalam kawasan tersebut..Dari mana pakcilk."Baru pulang mengundi.."sambungnya..

lepas tu gua cuba sentuh tentang kehidupannya,nak tengok berapa punya hardcore Umnonya..Naik basikal saja ke pakcik.."Nak beli moto mahal,mana ada duit.."katanya..pakcik kerja apa.."Tolong kawan di kedai makannya.."..berapa di bagi gaji.."Adalah RM20.00 sehari.."keluh pakcik nii..Cukup ke pakcik??.."Mana cukup..barang sekarang mahal belum masuk api air lagi.."katanya..itu pasal ke pacik naik basikal nii..Jawabnya "sebab tak mampu nak bayar ansuran moto la,naik basikal ni,kalau guna moto nak beli minyak lagi.."keluhnya..

Pakcik tak rasa susah ke???"Tak boleh nak cakap,,tiap-tiap bulan memang tak cukup duit,nak makan pun susah,anak ramai sekolah lagi..Tapiiiii...nasib baiklah ada Barisan Nasional boleh jugak dapat bantuan anak-anak dan baitulmal,kalau takda Barisan Nasional entahlah"tegasnya dengan bangga.

Tiba-tiba,gua terasa nak telan air liur pun tak boleh...sebelum gua pitam,lebih baik gua belahhh...gua bagi salam dekat pak cik nii..lalu disambutnya dengan "Waalaikum salam"..dengan mengayuh basikal yang seusia dengannya..gua doakan pakcik nii dibukakan Allah pintu hatinya untuk menerima cahaya kebenaran....selamatttttttttt....
sumber:- karat e-jau


** Untuk video 'uncle da best' klik link di bawah:-




http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-uncle-best.html

sumber video:- zakriali blog




ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO] Perubatan Secara "SPIRIT'??

Kalau boleh diubati UMNO semudah ini, alangkah bahagianya.

Saksikan video dengan klik link di bawah:-

http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-perubatan-secara-spirit.html

sumber video:- zakriali blog





ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

CONFIRM MB SELANGOR | khalid ibrahim



Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.



Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT