Peristiwa 20 April 2013: | Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh
Semalam, tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, che'GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.
Ternyata che'GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.
Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak
berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk
lawan Umno pada 2008... Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan
sendiri pun dilanggar!
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013...
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Malah pagi kelmarin cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian
unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya
ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan
halangan untuk che'GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang
melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak
beri peluang dan akan bergasak...
Namun bila dilakukan oleh rakan
sendiri, suasana keliru menyelubungi.
Ketika che'GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita
mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya
che'GuBard tarik
diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang
mempersoal IC chegubard dan asal usul che'GuBard. Ini taktik kotor untuk
memburukkan reputasi che'GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan
che'GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian.
Ini juga bukan caranya...
Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard.
Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua
che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan
che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di
N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan
pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti
che'GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah
sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti
parti.
Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan
Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk
menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi
keutamaan che'GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan
semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang
dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.
InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che'GuBard yang menjadi
calon pilihan. che'GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan
P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che'GuBard adalah terbaik untuk
memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.
Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah
hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta
dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah
sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013...
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
**Sumber:- http://shalehudin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment