Tuesday, 23 April 2013

[INGAT] NAK UNDI SAPA NI? | buat pilihan untuk PERUBAHAN

Anda nak mengundi tapi tak tahu nak undi siapa? Ini kali pertama anda mengundi? Tak tahu nak undi calon BN, PR atau Bebas? Nak undi BN tapi tak suka Rosmah? Nak undi PAS tapi tak suka DAP? PKR camna? Berikut adalah panduan dan tips2 berguna yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat keputusan nak undi siapa.



1. Undi mengikut PARTI

Anda merupakan seorang penyokong atau macai parti politik sama ada BN atau PR. Anda akan memangkah sapa2 sahaja yang dicalonkan di tempat anda walaupun anda tahu beliau seekor beruk pernah ada rekod yang tidak baik kerana bagi anda faktor calon tak penting, yang penting parti yang anda sokong menang pilihanraya.




Bagi penyokong BN, undi sahaja tak kira calon tu UMNO ke, MCA ke, MIC ke, lain2 parti komponen ke, tak kira la dia tu lembu ke apa janji Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM. Ulasan untuk Manifesto BN di sini.



Bagi penyokong PR, undi sahaja tak kira calon tu PAS ke, PKR ke, DAP ke, malah Bebas sekalipun, tak kira la dia tu katak ke beruk ke apa ke yang penting Asal Bukan Umno (ABU). Ulasan untuk manifesto PR di sini.

Kalau ramai yang menggunakan teknik ini, kesannya adalah akan ada parti yang menang besar dan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Parti yang menjadi pembangkang akan lemah di Parlimen/DUN.


2. Undi mengikut CALON

Anda sama ada seorang yang neutral, atas pagar atau lalang yang tidak menyokong mana2 parti politik. Sebelum memilih calon yang mewakili kawasan anda, anda akan selidik latar belakang mereka2 ini dulu tak kira BN, PR atau Bebas. Dengan zaman Internet ni, anda boleh cari je maklumat2 pasal mereka kat Google, Facebook, Twitter, Youtube dan lain2 berkaitan calon2 wakil rakyat. Tengok kat mana dia belajar dulu, kelulusan dia, pekerjaan dia sebelum ini, apa jasa dan bakti yang pernah dia buat, apa kontroversi yang dia pernah terlibat, apa yang selalu tulis dan post status dia dan sebagainya.


Kalau calon merupakan returning candidate atau pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini, cari kat Internet bagaimana prestasi beliau sebelum ini di peringkat nasional dan setempat. Banyak memberi khidmat kepada rakyat ke, banyak kontroversi ke, pernah makan rasuah ke, asyik berdemo je ke, pernah jadi katak puru ke, kat dalam dewan parlimen/undangan negeri selalu jadi beruk atau tidur ke serta lain2, kemudian nilai sendiri.




So lepas menilai antara beruk dan manusia, anda memilih manusia, tak kiralah dia tu BN atau PR, yang penting dia tu orang, bukan beruk, atau katak, atau lembu, atau setan, atau kurang sikit dari manusia. Sebab kalau yang terpilih tu bukan manusia, bila lepas ni dia selalu buat hal dan bikin panas, nama kawasan kita jugak yang busuk. Tapi kalau beruk lawan lembu, pilih yang dirasakan lebih kurang mudaratnya berbanding satu lagi, sebab mereka2 inilah yang akan mewakili kawasan kita dan membawa suara kita ke atas.

Kalau ramai yang menggunakan cara ini, kesannya adalah kemungkinan tiada parti yang menang besar dan mendapat 2/3, namun masih dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, dan parti yang menjadi pembangkang akan menjadi kuat di Parlimen/DUN. Atau mungkin kita dapat lihat situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana masing2 mendapat majoriti tipis 51:49 atau sama rata 50:50 yang mungkin akan membawa kepada pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PR.


3. Undi mengikut KAUM

Kalau anda merupakan seorang racist yang ketuanan Melayu dan mementingkan kaum Melayu, undilah mengikut kaum tak kira orang tu BN atau PR. Kalau UMNO lawan Cina DAP, pangkah UMNO. Kalau PAS lawan India MIC, pangkah PAS. Kalau Melayu PKR lawan Cina MCA, pangkah PKR. Sebab Melayu itu Islam, tak kiralah Islam pada nama sahaja atau pada jiwa, yang penting orang Melayu ramai kat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.


Namun bila di situasi Melayu lawan Melayu, atau Cina lawan Cina, atau India lawan India, atau Cina lawan India, masa tu terpulang samada nak undi mengikut CALON atau PARTI sebab takde pilihan.



Tapi teknik undi mengikut KAUM ni bukan sahaja orang Melayu boleh praktikkan, kaum lain yang mementingkan ketuanan Cina atau ketuanan India juga boleh praktikkan. Seperti contoh bila UMNO lawan Cina PKR, orang Cina akan pangkah PKR. Atau bila MIC lawan PAS, orang India akan pangkah MIC. Tapi bila MCA lawan Cina DAP, rasanya rata2 orang Cina akan pangkah DAP. 

Kalau ramai yang pakai kaedah ini, kesannya suatu kaum tu akan dilihat dominan di Parlimen/DUN. Namun ramainya suatu kaum itu tak semestinya mereka semua akan bersatu, sebab masing2 masih lagi akan bergaduh dan bertekak antara satu sama lain atas ideologi politik yang berbeza.



* * * * *

So anda lebih prefer untuk undi mengikut PARTI, CALON atau KAUM? Sila tinggalkan komen di bawah.


Berikut adalah tarikh2 penting berkaitan PRU13.


sumber:- http://buasirotak.blogspot.com/
ini kalilah pru13
link Youtube:- https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

 ***NAK TAMBAH SKIT------------------------------
InsyaAllah, jika Pakatan Menang 5 Mei 2013 :-
- 6 Mei = Tubuh Kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
- 7 Mei = Harga Minyak Turun Seluruh Negara. 


....ini kalilah perubahan, InsyaAllah





No comments:

Post a Comment