Thursday, 18 April 2013

[VIDEO] PENDIDIKAN PERCUMA | Harapan Rakyat



Pakatan Rakyat berhasrat untuk Menghapuskan PTPTN & Menawarkan Pendidikan Percuma.
kerana:-
* Sekarang, pendidikan tinggi telah di swastakan, jadi menjadi tempat KRONI kaut untung.
kesan:-
1- Golongan muda terus terbeban dengan hutang belajar.
2- Pada masa akan datang, hanya golongan kaya mampu belajar di IPT.

Apakah Janji Pakatan Rakyat?

* Hapuskan PTPTN
* Hapuskan yuran belajar
* Bagi elaun sara hidup RM5000 setahun.
* Sediakan Tabung Pinjaman untuk ke IPTS

KOS KESELURUHAN = RM 6 BILLION / TAHUN

Adakah PR mampu menyelesaikan kos ini?
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"




[GAMBAR] GEMPUR - 31 gambar

BEDIL tetap BEDIL!
Jentera bersiap sedia untuk menyerang.
"GEMPUR!!!"













































***gambar dari pelbagai sumber di Malaysia

Wednesday, 17 April 2013

[VIDEO] HARGA KERETA TURUN | Harapan Rakyat


Soalan    : Kenapakah PR ingin sangat menurunkan harga kerata?
Jawapan : Untuk mengurangkan beban bayaran bulanan ansuran kereta semua rakyat marhaen yang terlalu  tinggi sekarang ini.

**Semua perancangan ini dilakukan berperingkat. Dijangkakan selama 5 tahun iaitu penurunan 20% setiap tahun.

Contoh :-
            Kereta Myvi (bawah 1800cc)

HARGA KERETA SEKARANG        :   RM46 000.
CUKAI YANG KITA DOK BAYAR    :    RM21 140. (cukai eksais + cukai jualan)
HARGA KERETA SEBENAR           :   RM24 860. (nilah harga yang sepatutnya kita dok bayar, bukan RM46k tu.)

***HARGA KERETA DITURUNKAN BERPERINGKAT-PERINGKAT SUPAYA HARGA KERETA SEDIA ADA TIDAK JATUH MERUDUM.

Mampukah harga kerata diturunkan?
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"



[gambar] HIDUP & MATI pr-bn

Kita hargai & sokong utk semua yg dok pasang bendera2 dekat2 pilihanraya ni......LAGI TINGGI, LAGI BESAR, LAGI PUAS......Tapi ada juga dgr hingga menyebabkan kematian; (disebabkan buluh) tul ka tuh?  'wal iya zubillah'    Apa2pun tgklah gambar kt bwh ni.....yg pokok mati & tumbang tu 'suratan atau kebetulan?'   ha...ha...ha...








 

 http://inikalilahpru13.blogspot.com/
***gambar dari pelbagai sumber

Tuesday, 16 April 2013

[VIDEO] HARGA MINYAK TURUN | Harapan Rakyat


HARGA MINYAK TURUN SERTA MERTA pada hari pertama Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya!

UBAH..UBAH..UBAH..
hujah dgn fakta!!!!
......bagilah kt kroni.....aku, apa dapat?????

Mampukah harga minyak diturunkan?
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" 



Sunday, 14 April 2013

DAKWAT KEKAL- PRU13




Kuala Lumpur, 13 April 2013 - PAS meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana suruhanjaya itu akan menangani isu dakwat kekal kepada pengundi awal pada 30 April ini yang hanya bertahan tiga hari.

Sedangkan kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, pengundian biasa pula akan berlangsung pada 5 Mei iaitu lima hari selepas pengundian awal dan kebimbangan boleh mengundi lebih sekali wujud semula kerana dakwat kekal hanya mampu bertahan tiga hari.

"Kita hairan kenapa SPR boleh mengambil keputusan menetapkan tempoh masa pengundi awal dengan pengundi biasa selama lima hari, sedangkan mereka mengetahui dakwat yang digunakan itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

"Ini bermakna wujud ruang untuk memanipulasi dengan membenarkan pengundi awal mengundi sekali lagi pada hari tersebut kerana dakwat dijari mereka telah hilang," jelas beliau kepada Haraklahdaily.

Kerisauan itu katanya mula ditimbulkan banyak pihak dan SPR sewajarnya menetapkan tarikh pengundi awal tidak lebih tiga hari dari pengundian biasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi berlaku.

"Walaupun kita mempunyai senarai nama pengundi awal tetapi dalam tempoh masa yang panjang dan sindiket pemberian kad pengenalan awam sebelum ini, mungkin konpirasi mengundi kali kedua akan berlaku.

"Mereka mempunyai kad pengenalan awam sudah pasti ini akan digunakan, kita tidak dapat menahan mereka kerana nama mereka terdapat dalam daftar pemilih biasa, apatah lagi kesan dakwat kekal juga telah hilang," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap SPR perlu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka dan tidak terikat dengan permainan politik kotor pihak tertentu yang mahu mengekalkan pemerintahan mereka.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar SPR dapat membuat pengiraan segera apabila selesainya pengundian awal.

Jelasnya lagi, tindakan tidak mahu membuat pengiraan segera dan menyimpan lebih lama peti undi tersebut membuatkan rakyat terus mencurigai ketelusan SPR mengendali pilihanraya.


***kita tgk nanti camna.....'calit dulu baru pangkah, pangkah dulu baru calit'. Inilah tugas kita sama2 pantau tgk sapa buat onak.

Saturday, 13 April 2013

[VIDEO] MELAYU ITU

Makin hampir PRU bertambah2lah kisah onak & duri bangsa melayu ini. " Tikam Belakang", "Gunting dlm Lipatan", "Musuh dlm Selimut", "Bagai Kucing dgn Anjing", "Bersatu Teguh Bercerai Roboh", "Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga","Seperti Lembu Dicucuk Hidung", "Seperti Katak Disimbah Air"...........
Hayatilah sajak ini wahai MELAYUku!




 


Sajak oleh Usman Awang yang bertajuk "Melayu"

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka