Saturday, 11 May 2013

Ustaz Azizan Selamat Jalani Pembedahan Potong Kedua2 Kaki Elak Jangkitan Merebak...




Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

 “Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.

Sebelum ini Bernama melaporkan..

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

 "Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bersamalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh hendakNYA...


-------------------------

Gambar Terkini Ustaz Azizan (bekas MB Kedah). Dikhabarkan Ustaz Azizan Masih Lagi Belum Sedarkan Diri. Mohon Sahabat Kita Doakan Kesihatan Ustaz Azizan Agar Beliau Dapat Berjuang Dengan Penyakitnya & Segera Sembuh.... Pada ALLAH Kita Berharap...

Gambar Ehsan : Hairie Othman

[VIDEO] REAKSI HUSAM MUSA SELEPAS PRU13

Ribuan rakyat tangisi nasib Husam





** Saksikan luahan Husam Musa selepas Pru13 melalui link video di bawah:-

http://www.youtube.com/watch?v=_V6E3dN_eQg


  Kita mulakan dengan mengenang Jasa-jasa dan kejayaan Husam Musa sebagai exco negeri Kelantan

i. Perkenalkan Skim Takaful Kifalah
ii. Perkenakan Dinar Emas
iii. Ambil alih tanah Felcra dan tubuhkan sykt PMBK Sawit Bhd bawah Kerajaan Negeri
iv. Pertumbuhan Bandar Baru Tunjong
v. Wujudkan Anak Sykt Carigali Emas dan Mineral - Az Zahab
vi. Memulakan projek LEBURAYA RAKYAT
vii. Memulakan projek STADIUM BUKIT MERBAU
viii. Mempelopori Tuntutan ROYALTI Kelantan


Majlis kesyukuran dan ceramah yang dirancang tidak sampai 2 hari ini didatangi beribu rakyat. Mereka hadir kerana ingin mendengar sendiri daripada Husam apakah yang sedang terjadi.

Husam didalam ceramah berkali-kali meredakan kemarahan rakyat. Husam tidak berceramah menggunakan emosi. Tiap tuturnya jelas ingin menenangkan rakyat. Beliau juga sempat meminta tv3 hentikan siaran dan dengan jelas memberitahu bahawa tv3 ini tidak boleh dipercayai.

Husam memulakan ceramah dengan penuh sayu. Rakyat yang hadir bagai bahtera dilanda badai. Walau sebelum ini kuat bergelora tetapi Husam berjaya meredakan gelora itu.

Aku lihat ramai hadirin menangis apabila Husam memberitahu betapa gembiranya beliau dapat turun bersama Tok Guru. Beliau naik bersama Tok Guru dan turun bersama Tok Guru. Rakyat terlalu sedih kerana orang sebijak Husam kenapa dipersiakan. Rakyat juga terharu melihat kekuatan Husam yang langsung tidak menampakkan beliau kecewa. Cuma beliau bimbang akan negeri ini. Rakyat terlalu sedih apabila susuk tubuh yang begitu kuat berkerja untuk rakyat Kelantan diperlaku sedemikian rupa.

Husam kecewa bukan kerana tidak lantik exco, hati beliau terguris kerana kenapa sebab-sebab beliau tidak lantik exco dijaja dan dihebohkan seluruh dunia. Kenapa tidak disimpan sahaja demi persahabatan dan usrah. Tambah Husam lagi, tidak perlu diceritakan sebabnya kerana beliau sudah tahu sebabnya yang tidak perlu didedahakn kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti. Benar atau tidak nombor 2, tetapi kenapa perlu diheboh seluruh dunia yang menjadi persoalan?

"Sokonglah saya, selagi saya berada diatas jalan ALLAH, jalan kebenaran. Tumbangkan saya jika saya telah menyelewang daripada jalan ALLAH" Husam memetik kata-kata Umar r.a kepada rakyatnya.

"Kalau kerajaan ini adalah kerajaan duniawi, yang nak mengaut kekayaan balak, lombong dan lain-lain, nauzubillah. Ampunkan saya, jika saya berdiri dalam dewan untuk membetulkan kerajaan. Saya masuk ke dalam kerajaan ini bukan saya main-main, saya masuk ke dalam perjuang ini untuk melihat apa yang kita usrahkan islam yang syumul yang menjaga khazanah negeri dan negera berbeza daripada cara UMNO mentadbir. Meningkatkan hasil mahsul dan membela nasib rakyat" Diantara ucapan Husam dihadapan beribu rakyat hadir.

Pada awalnya Husam tidak mahu menjawab persoalan ini namun kerana perkara ini sudah "meletup" dan ramai anak muda mahukan jawapan. Maka beliau terpaksa menjawab persoalan ini namun dengan penuh berhemah dan sentiasa menenangkan peminat dan penyokong beliau.

Jika boleh, untuk menyelesaikan perkara ini, Husam harus diangkat menjadi TMB selari dengan jawatannya dalam parti dan Datuk Nik Amar dikekalkan TMB. Ini kerana, ini kerajaan baru, maka Husam diperlukan untuk membantu MB baru dan mempunyai 2 TMB memang pernah berlaku pada awal pemerintahan Tok Guru.

Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak rosak. Mungkin pribahasa yang sesuai digunakan dalam isu ini. Wallau a'lam. - sumber - FanPakatanrakyat diFB






ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO] UNCLE & STADIUM KELANA JAYA | 8 May 2013

SOKONGAN RAKYAT

Untuk lihat VIDEO sila klik link di bawah:-



sumber video:- zakriali blog




[VIDEO] GIANT KILLER MELAKA |

Untuk lihat video klik link di bawah:-

http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-httpswwwyoutubecomwatchfeaturepla.html

Friday, 10 May 2013

[LAGI SAH] KEPUTUSAN PRU13 AKAN DICABAR | rafizi




#SPRkeji @rafiziramli
 
Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina. “Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.
“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi.


sumber:-erapasca
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[HOT tgh MALAM] HADIAH BN UNTUK RAKYAT | +RM2

Terkini, tong gas memasak naik dari RM28 kepada RM30 setong. Esok nak kena chek ni. Sama2 kita tengok esok...........


 Lain2 yang dah naik sila klik link bawah:-

* elektrik lebih rm77 ada cas tambaham:-
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=504003916315842&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1&theater

* GST dah jalan:-
http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/cukai-gst-sudah-mula-dilaksanakan.html

* tong gas naik rm2 kepada rm30/tong:-
http://www.erapasca.com/2013/05/pecah-berita-gas-naik-rm-2-hadiah.html

* bil air naik:-
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/habuan-buat-semua-pengundi2-bn-terima.html

* ayam naik 30sen
chek kat market


ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

Thursday, 9 May 2013

[TERKINI] YANG DI-PERTUAN AGONG MENZIARAHI UST AZIZAN | doakan utk beliau



Keberangkatan tiba YDP Agong...


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Pulau Pinang di sini.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di unit rawatan berkenaan pada kira-kira pukul 4.50 petang.

 

Photo: Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi. 
Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi.


Mahfuz dan Mukhriz beriringan selepas melawat Ustaz Azizan.