Monday, 13 May 2013
13 Mei HARI BANGSA MALAYSIA | kita bersatu MELAYU, CINA, INDIA, IBAN, KADAZAN,....
Sunday, 12 May 2013
BEZA MEMANG BERBEZA | lembuku
RUBIAH OMAR
10 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang janda enam anak begitu selamba mengaku
bersalah mencuri dua ekor lembu betina di Mahkamah Majistret, di sini,
semalam.10 Mei 2013
Susulan pengakuan bersalahnya itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Che Wan Norsharinawati Che Wan Abdullah, 30, dari Kampung Paya Balai, Dungun.
Che Wan Norsharinawati mengaku bersalah bersama-sama dengan tiga lagi rakan lelakinya iaitu Saadon Atan 49; Zamri Ismail @ Yunus, 46; dan Azhari Bidin, 32, mencuri dua ekor lembu betina di kandang lembu di belakang rumah di Jalan Pusara, di sini, antara jam 6 petang pada 23 Januari sehingga jam 4 pagi pada 24 Januari lalu.
Berikutan itu, Che Wan Norsharinawati didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Che Wan Norsharinawati tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, pada 27 Januari lalu rakannya, Azhari Bidin dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas turut mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah.
Saturday, 11 May 2013
[VIDEO] UNCLE DA' BEST vs PAK CIK DA' HARDCORE | rentetan PRU13
Hiburan di tengah malam.
Mula-mula baca coretan dari blog karat e-jau ni dulu. Seorang pak cik yang HIDUP MATI utk BN. Pastu sama 2 kita layan video 'uncle da best' di bawah.
PERSOALANNYA...
Bagaimanakah kita hendak mengubah pemikiran Pak cik menjadi Uncle?
Semasa gua sedang lepak sambil menunggu rakan gua sampai..tetiba gua terpandang pak cik nii..orangnya nampak masih sihat walaupun mukanya kelihatan sudah dimamah usia,Namun kasihnya kepada UmnoBn hingga keakhir hayat..
Gua sempat bersembang dengan pakcik nii..semasa gua menghampirinya dia kelihatan senyum seperti berbangga dengan helaian T-shirt dan sarung lengan yang berlambangkan dacing..Salam gua dijawabnya dengan perlahan saja..apibila gua tanya tinggal di mana.."Dalam nii saja.."katanya sambil menunjuk ke arah Kampung Melayu dalam kawasan tersebut..Dari mana pakcilk."Baru pulang mengundi.."sambungnya..
lepas tu gua cuba sentuh tentang kehidupannya,nak tengok berapa punya hardcore Umnonya..Naik basikal saja ke pakcik.."Nak beli moto mahal,mana ada duit.."katanya..pakcik kerja apa.."Tolong kawan di kedai makannya.."..berapa di bagi gaji.."Adalah RM20.00 sehari.."keluh pakcik nii..Cukup ke pakcik??.."Mana cukup..barang sekarang mahal belum masuk api air lagi.."katanya..itu pasal ke pacik naik basikal nii..Jawabnya "sebab tak mampu nak bayar ansuran moto la,naik basikal ni,kalau guna moto nak beli minyak lagi.."keluhnya..
Pakcik tak rasa susah ke???"Tak boleh nak cakap,,tiap-tiap bulan memang tak cukup duit,nak makan pun susah,anak ramai sekolah lagi..Tapiiiii...nasib baiklah ada Barisan Nasional boleh jugak dapat bantuan anak-anak dan baitulmal,kalau takda Barisan Nasional entahlah"tegasnya dengan bangga.
Tiba-tiba,gua terasa nak telan air liur pun tak boleh...sebelum gua pitam,lebih baik gua belahhh...gua bagi salam dekat pak cik nii..lalu disambutnya dengan "Waalaikum salam"..dengan mengayuh basikal yang seusia dengannya..gua doakan pakcik nii dibukakan Allah pintu hatinya untuk menerima cahaya kebenaran....selamatttttttttt....
sumber:- karat e-jau
** Untuk video 'uncle da best' klik link di bawah:-
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-uncle-best.html
sumber video:- zakriali blog
ini kalilah pru13
link Youtube:- https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO] Perubatan Secara "SPIRIT'??
Kalau boleh diubati UMNO semudah ini, alangkah bahagianya.
Saksikan video dengan klik link di bawah:-
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-perubatan-secara-spirit.html
sumber video:- zakriali blog
ini kalilah pru13
link Youtube:- https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig
Saksikan video dengan klik link di bawah:-
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/video-perubatan-secara-spirit.html
sumber video:- zakriali blog
ini kalilah pru13
link Youtube:- https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig
CONFIRM MB SELANGOR | khalid ibrahim
Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan
rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat
mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru
ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami
dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi
khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan
kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri
Selangor buat penggal yang kedua.
Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin
merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri
Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP
yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul
untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan
Rakyat.
Kejayaan ini juga disambut dengan
penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk
menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat
Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar
hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju
supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN
Rakyat.
Berteraskan kepada prinsip konsensus
dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama
ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua
(2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya
memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru
ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan
KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan
sebagai Menteri Besar Selangor.
PAS dan DAP, menerusi Presidennya
Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha
Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah
bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin
Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk diangkat
sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.
KEADILAN dengan ini menyeru supaya
keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya
untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu
sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama
ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat dapat
diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
Subscribe to:
Posts (Atom)