Friday, 3 May 2013

MIMPI ITU.....

Diari seorang budak sekolah rendah ini sudah lama berlegar-legar di laman sesawang. Apa yang menyentuh hati kita ialah adakah mimpi kanak2 tersebut boleh menjadi kenyataan atau sekadar menyiapkan kerja sekolah yg diberikan gurunya sahaja. Sama-sama kita mendoakan agar mimpi menjadi nyata.



Latihan Membuat Diari Semasa Cuti Sekolah Pada Hari Sabtu dan Ahad.

6:00 Pagi  / Ibu kejutkan Saya untuk mandi Sembayang dan Sarapan.

7:00 Pagi / Ikut ibu pergi ke pasar mebeli Ikan dan Sayur.

9:00 Pagi / Saya cuci kasut Sekolah Selepas itu membaca Buku dan membuat kerja rumah.

10:00 pagi / Saya menonton Tv dengan adik - adik Saya

1:00 PTg / Saya makan tenggah hari dengan keluarga Saya

2:00 PTg / menggikut Ayah  Saya memasang Bendera barisan nasional

5:00 PTg / balik Rumah Selepas Itu bermain bola bersama kawan - kawan.

7:00PTg / mandi dan sembayang Selepas Itu Pergike Rumah Tok wan untuk menggaji

8:00 mlm / makan malam Selepas Itu Sembayang dan menonton Tv.

10:00 mlm / saya tertidur. lepas itu Saya bermimpi dato anwar menjadi Perdana menteri malaysia Selepas itu dato anwar datang ke rumah Saya dan memberi buku Pensil Pemadam Pembaris beg Sekolah dengan baju sekolah baru selepas itu Saya di bawa jalan - jalan

6:00 Pagi / Ibu kejutkan Saya bangun pagi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerpen di bawah ini juga mimpi. Adakah semata-mata doa membolehkan ia menjadi nyata. Yang pastinya tanda pangkah pada 5 Mei boleh membuktikan segala. Wajib dibaca sehingga habis.

--------------------------------------------------------------------

Disember 2016

Kaki Ramli sudah mula boleh berjalan seperti biasa. Walaupun masih belum secergas sewaktu sebelum kejadian kemalangan, tetapi sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada koma yang hampir meragut nyawanya.

Disember 2012, Ramli baru sahaja selesai sekembali dari menjadi perwakilan perhimpunan agung UMNO ke Perak. Kereta Vivanya terbabas sewaktu sampai diselekoh masuk ke Tanjung Malim dan melanggar pembahagi jalan. Mungkin kerana mengantuk yang telah menguasai dirinya, dia terlelap sewaktu memandu.

Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk sehingga dia koma selama hampir 3 tahun. Pada penghujung 2015, Ramli mula sedar sambil dikelilingi oleh ahli keluarganya. Dia hanya ternampak kelibat anaknya tetapi tidak bekas isterinya.

Setahun Ramli menjalani latihan fisioterapi. Latihan bagi mengembalikan tenaga dan juga kekuatan otot yang ramai pakar sudah menjangka beliau akan terus lumpuh selama-lamanya sekiranya dia dapat melepasi tempoh koma tersebut. Kita merancang, Allah la sebaik-baik perancang. Ramli hari ini berjaya membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, kita boleh mengatasi logik akal manusia.

-----------------------

Ramli memandang jauh di luar kereta sahabat baiknya Amran. Setelah dijaga lama di rumah orang tuanya di Ipoh, Ramli bercadang untuk makan angin di Kuala Lumpur. Pandangan nya meliar tetapi teliti pada setiap butiran yang dapat ditangkap oleh anak matanya.

“tak banyak berubah ye Am?”

Amran mengangguk. Rakan kenalan lamanya sejak dari kecil itu terus memandu cermat.

“aku pun tak sempat nak baca berita hari ni.” Amran Cuma tersenyum.

“tak payah baca. Ko dengar je berita kat radio nie ha. Bernama 24. 24 jam berita.” Ujar Amran.

“ha. Ok jugak. Aku pn dah lama tak dengar berita.” Ramli membetulkan duduknya. Ingatannya masih lagi segar tentang perhimpunan agung Umno 2012 yang dihadirinya dahulu. Amran menukar siaran radio kepada bernama 24.

“Dulu radio nie dekat area KL je ada. Sekarang seluruh Malaysia ada” Ramli mengangguk membenarkan kata-kata Amran. Selesai iklan di radio, pembaca berita wanita berkumandang di corong radio.

“Setelah hampir empat tahun, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa saman pemilik Independent Power Producer (IPP) terhadap kerajaan Malaysia dibatalkan dan juga perjanjian IPP yang ditandatangani pada pemerintahan sebelum ini adalah tidak sah dan melanggar undang-undang Negara.”

Riak wajah Ramli berubah.

“Am, macam mana nak kuatkan sikit radio ni?” Am menekan butang untuk membesarkan suara.

“Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Khalid Ibrahim, ini merupakan satu kejayaan yang dipihak kerajaan kerana ini berjaya menyelesaikan kemelut perjanjian berat sebelah di antara pemengang hak IPP dan kerajaan sebelum ini.”

Ramli memandang ke muka Amran.

“Perdana Menteri kita siapa Am?”

Amran terdiam sejenak sambil memandang terus ke lebuh raya utama. Mereka melepasi satu billboard dengan wajah Tan Sri Khalid Ibrahim dan perkataan “Terima kasih rakyat kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat”. Amran menunjuk ke arah billboard tersebut. Dada Ramli berombak kencang. Jantungnya berdegup.

“Jadi Perdana Menteri kita…”

“Najib sedang dibicara sekarang kerana kes-kes penyelewengan. Begitu juga dengan Daim, Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi. Ramai jugak businessman-businessman yang sedang dibicara dan sudah didapati bersalah.”

“ni semua kerja si jahanam Pakatan Rakyat la nie. Mesti dia orang punya kerja. Agen cina la ni!” balas Ramli geram.

“ Memang dia orang yang mulakan. Tetapi sekarang ni zaman dah berubah. Kerajaan pemerintah dah tak ada kuasa untuk menentukan keputusan hakim, polis dan SPRM. Undang-undang baru dah diluluskan 2 tahun lepas. Artikel 40 perlembagaan dah di gubal dan memberi kuasa kepada raja. Jadi semua telus.”

“Ah penipu je tu. Dia orang tu semua penipu. Ko boleh cakap sebab ko kan penyokong kuat PAS.”

“Bukan masalah aku penyokong kuat PAS atau tidak. Macam niela . Aku bawak kau jalan-jalan, kau tengok sendiri Malaysia sekarang sama tak dengan Malaysia dulu.” Ramli terdiam.
Setelah berhenti rehat di R&R Sungai Buloh, Amran dan Ramli meneruskan perjalanan melalui satu pondok tol yang sudah ditinggalkan dan hampir selesai dirobohkan. Ramli memandang pondok tol tersebut.

“Dua tiga tahun lepas dah tak de pondok tol tu. “ ujar Amran sambil membelokkan kenderaannya memasuki jalan utama sungai buloh.

“Maksud kau?”

“ Kerajaan dah mansuhkan tol seluruh Malaysia. Yang ada pun satu je dekat jambatan ke tiga Pulau Pinang. Tu pun sebab jambatan tu hak milik 100% private. Tapi tol tu dalam RM 1 je.”
Ramli terdiam sejenak. Menyedari Ramli terdiam Amran meneruskan kata-katanya.

“Zaman nie tak macam 4-5 tahun lepas. Kau tengok stesen minyak tu” Ramli segera menoleh ke arah stesen minyak petronas.

“Nampak tak macam harga kat stesen minyak tu? Dulu tak ada kan?”

“Aha.. harga apa tu?”

“Tu harga minyak pada setiap setesen minyak. Sekarang ni harga minyak tidak ditentukan oleh kerajaan tapi ditentukan oleh syarikat minyak tersebut. Jadi tidak ada subsidi. Tengok harga minyak tu. RON 99 RM 0.75. RON 98 RM 0.55 RON 97 RM 0.45. Diesel je sekarang ada subsidi kerajaan. Jadi harga diesel RM 0. 35.”

“Tak bankrap ke kerajaan kita? Tak ke nanti petronas tutup sebab tak boleh bersaing?”

“Tah la. Dah hampir 3 tahun macam ni. Petronas sekarang pun keuntungan dah naik sejak buat macam nie. Petron pun dah tutup tak dapat bersaing dengan Petronas, BP dan Shell”

“emm.. kita nak ke mana nie?”

“Aku nak bawak ko pegi tengok kereta kat Bangsar. Nak angkat kereta baru.”

“Ala, nape sampai bangsar perginya? Jauhnya. Kat Ipon tak de ke?” Tanya Ramli

“Member aku pun kerja sana. Dah janji beli dengan dia. Paper pun semua dah settle.”

Mereka membelok ke kawasan utama bangsar dan berhenti di tepi kedai Mamak bersebelahan kedai kereta Toyota.

“Hish. Kereta Toyota ko beli? Boleh ke bayar bulan-bulan nie?” Ramli menutup pintu kereta Amran perlahan. Sahabatnya ini masih setia dengan Proton preve yang di belinya 5 tahun dulu. Amran tersenyum.
“ko tengok je la.”

Ramli berjalan mendekati kereta Toyota Xavier 2015.
“lawanya” Ujar Ramli.
“ Ni kereta tahun lepas. Aku tengok yang Toyota Camry 2016.”

“Gila kau. Camry tu dekat nak tiga ratus ribu. Tu 5 tahun lepas. Sekarang berapa?
Amran tersenyum lagi dengan keletah kawannya ini.

“Dulu lain. Sekarang lain.”
“Sekarang berapa?”
“Seratus dua puluh ribu”.

Ramli terlopong. Ramli berjalan masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Harga kereta import tidak seperti yang dia lihat sebelum ini. Harganya amat murah.

“Proton macam mana Am? Dah tak de lagi kan? Mesti la tak de lagi sebab kereta import pun dah murah.”

Amran dan Ramli berjalan keluar dari kedai Toyota tersebut dan terus ke kedai mamak sebelah.
“Jomla kita minum dulu. Biar aku cerita semua.” Ramli akur dan duduk di kedai mamak.

“Ha. Aku ingat lagi kesukaan ko Ramli. Ane, bagi kari kambing kampung satu. Briyani tau. Nak keropok banyak.” Ramli tersenyum

“Ingat lagi ko ye. Tak payah la belanja mahal-mahal ngan aku.”

“Ala tak mahal pun Ramli. Sekarang harga kambing bukan macam dulu. Dulu kita kena import kambing, lembu nie tu yang mahal. Sekarang nie kerajaan dah buat mass production ternakan nie. Sampai orang luar pun import kat kita. Dulu kalau makan biryani kambing sini mau tak lari 20 ringgit. Sekarang nie 5 ringgit je.”

“kau biar benar!”
“Iye”
“Ha tadi kau kata nak cerita. Cerita la” Mamak di kedai bangsar menghidangkan air minuman kepada mereka.

“Banyak benda dah berubah.” Amran menarik nafas. Ramli setia mendengar.
“Kau dah tau Perdana Menteri Malaysia kan? Timbalannya Dato Seri Dr Dzulkifli Ahmad. Ahli Pas.”

“Habis tu Anwar macam mana pulak?” Celah Ramli.
“Oh Anwar dah bersara tahun lepas. Anak dia, Dato’ Seri Nurul Izzah sekarang presiden parti dengan Datuk Rafizi sebagai timbalan. Wife dia pun dah bersara. Sekarang rasanya dia orang pergi umrah.”

“Bukan Anwar yang gila nak jadi perdana menteri ke?”

“Gila tak gila pun, dia tak pernah pun jadi perdana menteri. Lepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya 2013, Anwar terus mengumumkan untuk bersara. Tetapi, tahun lepas baru betul-betul bersara.”

“emm. Banyak benda dah berubah”

“Memang pun. Khairi Jamaluddin pun dah join DAP sekarang.”

“KJ join DAP? Gila kau! Kenapa DAP? Bukan tu parti Cina ke?”

“Ish ko nie. DAP mana pernah kata dia parti cina. Habsi tu Karpal Singh tu cina ke? Anak dia, yang singh tu, cina ke? Tak de la. Dia nak join PKR, tapi PKR tak terima. PAS memang dia alergik. Jadi DAP je yang boleh terima dia. Bagus dia orang tu. Walaupun dulu KJ tu cakap macam-macam tentang DAP, sekarang boleh jugak di terimanya”

“Dia tak terlibat dalam politik wang sekali ke?”

“Ada. Enam bulan kena soal siasat dengan SPRM. Tapi dengarnya, disebabkan dialah ramai yang tertangkap di peringkat tertinggi parti UMNO dan BN. Dia pecah rahsia. Jadi, kerajaan bagi dia lepas dengan jaminan berkelakukan baik.”

Di televisyen rancangan berita tengahhari TV3 berlangsung dengan pembaca berita memakai purdah sedang membacakan berita.

“Berita Jam 2. Menurut ketua pembangkang, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen semalam, keenganan kerajaan mendedahkan jumlah sebenar pemegang permit teksi menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dan mahu menyembunyikan fakta sebenar bahawa terdapat kroni kerajaan Pakatan Rakyat terlibat di dalam perkara ini. Mendedahkan perkara tersebut, dato Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beberapa kertas dan dokumen rahsia mengenai perkara tersebut.”

Ramli masih mendengar dengan teliti.

“Ha ko dengar tu. Nampak sangat kerajaan pakatan rakyat nie penipu. Eh sekarang TV3 ada lagi ke? Bukan TV3 UMNO Punya?” Amran tidak berkata apa-apa. Cuma terus mendengar berita di TV.
“Namun begitu, menjawab pertuduhan tersebut, Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa dokumen tersebut sebenarnya adalah dokumen yang mendedahkan bahawa 100% pemegang permit tersebut adalah bekas ahli BN ataupun kroni mereka yang kini sudah bersara, menghilangkan diri ataupun masih lagi menjalankan perniagaan tersebut. Ini kerana menurut menteri pengangkutan, dokumen tersebut sebenarnya diwarisi daripada kerajaan sebelum ini dan juga turut di miliki oleh kerajaan sekarang dan kini berada di tangan SPRM untuk siasatan lanjut. Rakyat akan dapat memuat turun dokumen tersebut di laman sesawang kerajaan Malaysia tidak lama lagi”

“Tv sekarang pun dah telus. Tak macam dulu” ujar Amran.

Makanan sudah tiba dan dihidangkan di hadapan mereka. Ramli seakan-akan tidak berselera. Amran perasan perubahan kawannya itu.

“Proton macam mana? Kau tak cakap tadi?”

“Oh. 3 tahun lepas dasar automobil Negara dah digubal. Semua kereta import dah tak ada lagi harga mahal-mahal. Kereta proton dan ada enjin sendiri dan kualiti lebih baik dari proton preve aku tu boleh dapat sekarang dengan harga bawah 30 ribu. Kalau kereta macam myvi boleh dapat bawah 15 ribu. Second hand pun dah murah sekarang. Kalau myvi dalam rm 800 pun boleh dapat.”

“Jadi proton masih ada?”

“Ada. Cuma dah tukar nama.”

“Tukar”

“Aha. Tukar. AutoPeople”
“Auto People?”

“aha. Kereta rakyat. Jadi semua murah dan mudah nak dapat. Kualiti pun dah bagus dan 100% buatan rakyat Malaysia termasuklah enjin, body, spare part. Jadi bila dah buat tempatan, harga murah.”

Ramli terdiam. Ramli teringat lagi kata-kata yang di dengarinya pada perhimpunan agung UMNO 2012. Itu la ingatan yang paling segar di ingatannya. Seolah-olah ia berlaku semalam. Tetapi ingatan tersebut seakan-akan kontra dengan apa yang dilihatnya pada hari ini. Dunia yang ada pada hari ini semacam asing baginya. Dia tidak tahu, sama ada patut gembira. Atapun patut berduka.

“Zaman dah berubah Ramli. Masa kau terlantar kat hospital, anak-anak kau dapat bantuan kerajaan negeri Perak dari baitulmal. Rumah tu pun di bayar oleh baitulmal. Kalau tak, mana dia orang nak duduk dengan pendapatan bekas isteri kau tu.” Amran menyirup air kopi dan meneruskan ceritanya.

“Anak kau yang bungsu tu, si Afdal kan sakit jantung. Alhamdullilah dah pun di bedah di IJN wad kanak-kanak dengan pakar dari India. Kos dia dalam 15 ribu. Kau dulu Tanya berapa masa sebelum kemalangan tu?”
“IJN?” Jawab Ramli pantas.
“Ha IJN”
“Lapan puluh dua ribu”
“Ha tu yang kau tak dapat nak cover kan”. Ramli mengangguk lemah.

“ Menteri besar Perak, dato’ seri Nizar sendiri tandatangan surat kelulusan pembedahan anak kau di bawah jaminan kerajaan negeri. Percuma.”

Ramli memandang ke arah kawannya Amran lama. Perlahan air matanya mengalir. Antara sedih, tidak percaya, marah geram.. Matanya berpinar. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dunianya berpusing. Akhirnya dia rebah.

-----------------------------

Ramli dikejutkan oleh bunyi yang agak bising. Dia membuka matanya. Dia ternampak Amran dan anaknya di sisi. Ramli terkejut dan melihat sekeliling.
“Aku kat mana ni Amran?” Dia memandang Amran dan anaknya serta orang lain.
“Kenapa semua orang Nampak lain?”
“Apa yang lainnya Ramli? Tanya Amran.
“Semalam kau kemalangan. Sekarang nie kau kat hospital Ipoh. Nasib baik la kau pengsan dan patah kaki je.”

“Semalam? Jadi… tadi aku bermimpi ke? Ini bukan 2016? Pakatan Rakyat tak menang?” Ramli memegang kepalanya dan menangis. Di televisyen, wajah Steve Job, pengasas syarikat Apple, dalam ucapan terakhirnya di sebuah university di Amerika memberikan kata-kata yang bakal merubah hidup Ramli. dan mungkin kita.:

“Selanjutnya, anda tidak akan dapat menyambung titik (kehidupan) dengan memandang kehadapan; Anda hanya akan dapat menyambungnya dengan memandang kebelakang. Jadi anda kena yakin bahawa titik tersebut akan bersambung pada masa depan anda. Anda hendaklah percaya kepada sesuatu – gerak hati anda, takdir anda, hidup, karma, apa sahaja. Pendekatan ini tidak pernah menghampakan saya, dan ia telah membuat segala perubahan, dalam hidup saya” - Steve Jobs -

“Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.”




No comments:

Post a Comment