Sunday 5 May 2013

[KEPUTUSAN] UNDI DAH DIKIRA | **Refresh** utk KEPUTUSAN (12:48 tghmlm)

 TAKZIAH, MALAYSIA masih di bawah BN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan awal yang boleh dibuat, selain dakwaan unsur penipuan dan sebagainya, majoriti orang Melayu, begitu juga orang India dan peribumi di Sabah dan di Sarawak masih lagi dengan semangat LAIN KALI, majoriti orang Cina berkobar-kobar dengan semangat INI KALILAH. Tahniah kepada majoriti orang Melayu, segelintir orang Cina dan India, serta penduduk Malaysia yang lain kerana menyokong pelaksanaan GST, AES, PTPTN, dan segala macam rancangan BN bukan sahaja untuk anda tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Takziah penyokong PR...rasanya sudah tidak ada lain kali!!!  -DCM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun BN masih memerintah Malaysia, namun PR berjaya menunjukkan prestasi yang hebat. Mungkin Allah belum mengizinkan PR mentadbir Putrajaya, namun bukan bererti Najib memenangi kesemuanya. Banyak hal yang berlaku seperti 
Peti undi hilang, Peti undi dijumpai/Peti undi baru sampai, Blackout, Kiraan undi semula, pengundi hantu, isu dakwat 
dan sebagainya...-GB
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


** Keputusan TERKINI  (12:48 tghmlm)
*** Keputusan Parlimen Terkini klik SINI
 

DIKEMASKINIKAN SETIAP 5-10 minit. 
Sila Refresh 
*******Sila Refresh********



Mai, mai, mai...pengiraan undi dah bermula. PR dah dihadapan banyak tempat. Ada juga kerusi2 panas yang kita takut. Putrajaya, Lembah Pantai, Shah Alam, Permatang Pauh....camna nih......dup dap dup dap........

** Lihat Keputusan Di Bawah Yang Sentiasa Dikemaskini Sejak Petang.


Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang berlangsung.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi.

LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber





---------------------------
12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

---------------------------
12.35 am Harakahdaily melaporkan Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.

Sehingga berita ini ditulis, kerajaan negeri Perak masih belum berjaya ditubuhkan kerana pengiraan undi masih belum selesai sepenuhnya.

Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

----------------------------
12.30 am Menarik di DUN Selangor: 15 PAS, 15 PKR & 15 DAP

12.20 am P083 Kuantan: Fuziah Sallleh (PKR) menang

PKR 25837
BN 21322

majoriti 4515

DUN Teruntum : PKR 12385 - BN 7948, majoriti 4437.

---------------------------
12.15 am BN masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperolehi 15 kerusi Dun.

12.10 am Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli (PAS) tewaskan Tuan Aziz Tuan Hamat (BN) sementara di DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (PAS) kalahkan Che Jalal Muda (BN).

12.02 am Parlimen Beufort: Datuk Seri Lajim Ukin (PKR) menang

--------------------------
11.59pm
Parlimen Batu Pahat dimenangi PKR, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein kalahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi (BN) 11.58 pm Presiden PAS menang di kedua-dua kerusi, Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Setakat ini 2 pemimpin PAS menang dua kerusi parlimen dan DUN, Ust Abd Hadi dan Salehuddin Ayub.

11.55 pm Keputusan rasmi

Rafizi Ramli (PKR) - 48,183
Gary Lim (BN) - 21,454

Majoriti: 26,729




------------------------
11.45 pm P.137 Jempol dimenangi oleh selebriti Aishah Wan Ariffin (PAS) mengalahkan Tan Sri Mohd Isa Samad

11.28 pm Elizabeth Wong menang di Bukit Lanjan dengan majoriti 15940

-----------------------
11.26 pm PAS menang di Temerloh dengan majoriti 1070 undi

11.25 pm Parlimen Pandan: Rafizi Ramli menang di Pandan dengan majoriti 26,000

-----------------------
11.24 pm Mahfuz Omar menang di Pokok Sena tetapi Mohd Sabu tewas di Pendang.

11.23 pm PR berjaya tawan kembali Terengganu. Dun 18- BN 14

11.20 pm RASMI : N.19 RHU RENDANG, Ustaz Abd Hadi Awang (PAS) Menang (11468) vs BN (8649)

11.15 pm PR kekal printah Selangor, PR mendapat 38 DUN dari 56 DUN di Selangor, Hancur musnah impian Najib untuk tawan Selangor!

----------------------
11.08 pm Parlimen Sungai Besar, Ust Sallehin PAS : Menang! PAS turut menang di Parlimen Hulu Langat dan DUN Dusun Tua. PKR menang di Ampang, Tebrau dan Gombak.

11.06 pm Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) menang lebih 10,000 undi di Parlimen Bandar Tun Razak, sdg mendahului di DUN Pelabuhan Klang.

----------------------
11.05 pm Dr mariah Mahmud (PAS) menang di Parlimen Kota Raja

11.01 pm RASMI : DS Anwar Ibrahim Menang Di Parlimen Permatang Pauh
BN - 25369
PKR - 37090
BEBAS - 201

Majoriti : 11721

-----------------------
11.00 pm Salahuddin Ayub turut menang kerusi DUN Nusajaya selain Parlimen Pulai.

10.55 pm Parlimen Kubang Kerian. PAS menang majoriti 14,000
-----------------------
10.48 pm Parlimen Parit Buntar : Ust. Mujahid (PAS) menang dengan majoriti 18,000
-----------------------
10.40 pm Saifuddin Nasution menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu mengalahkan Othman Abdul (BN)
10.40 pm Tidak Rasmi : P.041 Kepala Batas didahului oleh PAS


10.35 pm 2 orang menteri kabinet setakat ini dah kalah. Kong Cho Ha (BN) tewas di tangan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) dan Raja Nong Chik di ta ngan Nurul Izzah (PKR)
---------------------
(Zul Champion 101% dah KALAH)
---------------------
10.31 pm Khalid Samad (PAS) kalahkan Zul Nordin (BN) di Shah Alam dengan majoriti 10751

10.29 pm Salahuddin Ayub menang di Parlimen Pulai

10.28 pm Lim Kit Siang (DAP)mengalahkan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 37,718
BN - 21,960.
Majoriti: 15,758

---------------------------
10.20 pm Anak sulong PAS Melaka telah lahir! DUN Bukit Baru Melaka PAS menang majoriti 44 undi.

10.19 pm PAS melalui Ustaz Tuan Ibrahim berjaya merampas merampas DUN Jengka.

10.18 pm Keputusan Rasmi: Parlimen Lumut Laksamana (B) Imran menang 10.17 pm Keputusan tidak rasmi, N26 Bangi kekal milik PAS -Ust Shafie Ngah

10.15 pm Sepang PAS menang. Hanipa Maidin.

------------------------
10.02 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Idris Ahmad menang di Parlimen Bukit Gantang

10.00 pm Di ibu pejabat PKR, skrin besar menyatakan keputusan tidak rasmi kerusi parlimen setakat ini PR 32 BN 16

9.58 pm
Parlimen Terengganu : PAS menang di Marang, Kuala terengganu, Kuala Nerus dan Dungun
9.57 pm
Keputsan Rasmi: Dato' Seri Nizar menang dengan majoriti 1206 undi!


9.56pm:
Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.
DAP - 33,863
BN - 26,499
 

----------------------
9.51 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Radzi Zainon (Dun Sg Rapat) mengalahkan Dato' Hamidah Osman dengan majoriti 3108 undi!

9.50 pm Parlimen Bukit Katil Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dilaporkan telah mengalahkan Md. Ali Rustam dari BN dengan majoriti 4000 undi

9.43 pm Temerloh

PAS : 14772
BN : 11891

Majoriti : 2881

9.42 pmMaklumat di laman pru13.pas.org menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.41 pm Tidak Rasmi : Terengganu bagi DUN ( PAS 18 : BN 14 )

-----------------------
9.40 pm Jika BN dah rampas Kedah, menurut laporan Sin Chew Terengganu telah jatuh ke tangan PAS.



9.30PM: Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan mengekalkan negeri tersebut dan menguasai 2/3 kerusi DUN.

9.25pm: Kiraan terbaru menunjukkan Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah Undi: 106,864

------------------
9.17 pm: Kedah terlepas ke tangan BN. Siang tadi, selepas mengundi. Dr Mahathir dah cabut ke luarnegara. Ada kaitankah?

Namun nampaknya ada negeri BN yang PAS akan rampas.

9.16 pm PJ Utara, Tony Pua (DAP) mendahului Chew Hoong Ling (BN).

DAP - 19,733
BN - 4,734

9.15 pm PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor

PAS 16940
BN 10211

--------------------
9.12 pm TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

9.11 pm PKR menang kerusi DUN Indera Kayangan di Perlis. Kali pertama kerusi ini terlepas dari tangan BN.

---------------------
9.10 pm Parlimen Pasir Mas dimenangi calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengalahkan Ibrahim Ali. (tidak rasmi)
---------------------
9.05 pm Barisan Nasional (BN) telah menang di kerusi Parlimen Igan, Batang Lupar, Betong, Limbang dan Lawas di Sarawak, menyebabkan mereka mendahului dalam Pilihan Raya 2013.Gabungan pemerintah itu juga menang di kerusi Kapit, Serian dan Kanowit di negeri yang merupakan kubu kuat mereka. -TMI

---------------------
Dari harakahdaily:

8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683
8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.
8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608
8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110
8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar
8.33 pm - PAS kalah di Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.
8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi
8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang
8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang
7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya
7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128
7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.
7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226
7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822
-------------------
8.51 pm Pas menang bergaya di kerusi Parlimen Kubang Kerian apabila kesemua calon yang bertanding memperolehi undi yang mendahului pencabar masing-masing. -SH


--------------------
8.50 pm Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

---------------------
8.40 pm Calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan sehingga jam 8.15 malam jauh meninggalkan pencabarnya calon BN, Datuk Fatmi dan calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar.

Takiyuddin mencatat undi sebanyak 8,618, manakala Fatmi 5,857 manakala Zakiman 36.

Keputusan masih berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU 13 P021 Parlimen Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu.


--------------------
8.36 pm SHAH ALAM, Khalid Samad memperoleh 6,127 untuk mendahului Zulkifli Noordin yang menerima 5,464 undi.

8.35 pm KELANTAN P021 Parlimen Kota Bharu PAS 8217, BN 5030, Bebas 31
N08 Dun Tg Mas - PAS 3437, BN 1534
N09 Dun Kota Lama - PAS 3600, BN 2264, Bebas 44
N10 Dun Bunut Payong - PAS 2323, BN 1379


--------------------
8.30 pm
DAP kekalkan kerusi Parlimen Bandar Kuching.

DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

8.25 pm
Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) masih mengatasi Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 11,941
BN - 10,623
Independent - 74

Jumlah Undi: 72,533

8.12 pm
Parlimen Kepong, DAP memperolehi 13622 berbanding BN 2897 in di dalam pengundian awal.

8.10 pm
Lim Kit Siang (DAP) melebarkan jurang dengan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 7,619
BN - 6,336

8.10 pm
Di Pulau Pinang DAP berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN) di 19 kerusi DUN. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan cuma 2 lagi kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

 ------------------------
 
8.02 pm Di Labis, Johor, Calon Ramakrishnan Suppiah mendahului Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

8.01 pm KEPUTUSAN TIDAK RASMI | DUN GOMBAK SETIA - Ustaz Hasbullah Ridzwan PAS

PAS 2003
BN 1119
Rosak 24

8.00 pm Parlimen Pandan. Rafizi Ramli mendahului.

PKR = 9845
BN = 4117

[PARLIMEN IPOH TIMUR] Kathleen Wong Mei Yin (BN) ketinggalan jauh dibelakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.58 pm Nurul Izzah dilaporkan kini telah berjaya memintas Raja Nong Chik

PKR 7746
BN 7128

7.56 pm DI Melaka, DUN Bukit Baru, PAS masih mendahului calon BN dengan 216 undi -Sofi Wahab

Apakah ini anak sulong PAS DUN Melaka? Sama-sama kita doakan.

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului sekurang-kurangnya di dua kerusi parlimen Johor:

Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah undi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) di depan Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah undi: 86,914

Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului calon BN Normala Abdul Samad.

PKR - 5,131
BN - 3731

7:31pm: Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) merapatkan jurang dengan Raja Nong Chik

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7:31pm: In Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal (BN), is leading by a comfortable margin over Nurul Izzah Anwar (PKR) while Independent Rusli Baba is out of the race. BN - 2,410 PKR - 986 Independent - 5 7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642

7.24pm: Pertama kali Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah, Johor. Abdul Ghani Othman (BN) mengekori Kit Siang di belakang.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm: Di Ipoh Timor, Perak, Kathleen Wong Mei Yin (BN) di belakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.19pm: Lim Kit Siang (DAP) menekori rapat Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,699
DAP - 2,325

7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.

DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini

7.15 pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului tiga calon yang lain.

Sumber memberitahu Khalid mendahului di beberapa pusat pengundian. -SH

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.

BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

The MalaysianInsider melaporkan: PKR mendakwa SPR tidak membenarkan agen kiraan undi mereka untuk berada di Sekolah Menengah Seri Pantai untuk menyaksikan proses pengiraan undi dan diminta untuk meninggalkan tempat tersebut secara tetap sebaik sahaja tamat proses pengundian.

Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat.


7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.

DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Ayer Hitam dalam kiraan awal.

DAP - 820
BN - 171

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, yang menyaksikan persaingan sengit atas Datuk Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).

6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

DIKEMASKINIKAN SETIAP 5-10 minit. Sila Refresh




No comments:

Post a Comment