Sunday 5 May 2013

RAKYAT MARHAEN KELUAR MENGUNDI | detik penentu

Rakyat keluar mengundi hari ini awal2 pagi beramai-ramai. Dimulakan dengan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
** Artikel ini akan diupdate lagi

 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.



Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:

Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:

Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam 8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.

Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:

Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:

Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Segamat:

Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.

Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Machang:

Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:

Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.

Kuala Krai:

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi. -SH



Calon N27 Merlimau Melaka, Yuhaizad Abdullah bersama isteri mengundi di Chinchin
 
 

No comments:

Post a Comment