Saturday 4 May 2013

[VIDEO] SPR KANTOI CUBAAN BAWA KELUAR KERTAS UNDI AWAL | dari balai manjung


Lumut : Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.

Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.


240x360x480

[VIDEO + GAMBAR] MUNAJAT RAKYAT KELANTAN 3 PAGI | 3 Mei 2013

Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi semalam.


 "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.
"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," 


Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan.

Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai.

Katanya:
 “Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” 
 ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai.

Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat,"

kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doanya itu.





 





** VIDEO

240x360x480x720HD
link youtube

 240p


ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO HOT+HOT] IC FREE + BRIM500 | Indonesian

Ic free, dapat BRIM (RM500) lagi, dah la dokumen tak dak, terus dapat ic biru plak. Rakyat Malaysia bujang pun dapat RM250 ja. Apa semua ni? Nak jual negara ka?  Sapa sebenarnya yang nak gadai negara ni? Geram sungguh aku. ehhhhhhhh.........
Saksikan pengakuan benar ini.

 240x360

sumber:- prsupporters
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig


che'GUBARD KENA BALING CAT | billboard

Ada lagi ni....vendalisma...apa pun tak boleh.....




Dikesan pada jam 7 pagi tadi, salah satu billboard che'GuBard telah dilempar cat merah oleh pihak yang hilang pertimbangan di hujung tempoh berkempen.

Tertekan dengan bacaan statistik terbaru N21 Sg Acheh yang menunjukkan calon PKR mendahului, che'GuBard yakin aksi simbahan cat ini tidak berakhir di sini.

Malah sebelum ini sememangnya telah wujud banyak kes kehilangan bahan kempen.

che'GuBard menegaskan, calon Umno, Datuk Mahmud Zakaria yang tidak hadir dalam wacana debat yang dianjur oleh PKR pada 28 April lalu, masih tidak bersuara soal keinginan berdebat walaupun telah dicabar menjadi tuan rumah.

Malah seorang ahli akedemik juga telah cuba menjadi orang tengah dalam menganjurkan debat, malangnya setelah che'GuBard bersetuju, calon BN masih tidak bersetuju.

Che'GuBard sedia hadir walau di mana pun debat polisi dianjurkan, menyedari perbandingan ini adalah penting kepada umum khususnya pengundi Sg Acheh untuk membuat pilihan.

Ini bukti mereka tiada hujah dan tidak bersedia untuk terus teraju DUN Sg Acheh.

Simbahan cat merah adalah sinonim kepada perlakuan Umno berdasarkan banyak kejadian yang melibatkan serangan dari penyokong Umno yang diupah.

Sebelum ini banyak premis dan harta Pakatan Rakyat disimbah termasuk bas Merdeka Rakyat.

Justeru itu, che'GuBard menyeru kepada semua pengundi khususnya di N21 Sg Acheh, untuk bersama mendokong arus perubahan.

Tolak politik kebencian dan amalan yang tidak mencermin ketamadunan.

Pilih untuk berpolitik secara bijak, berteraskan polisi dan perancangan masa panjang untuk kebaikan rakyat.

Ayuh Pertahan Pulau Pinang, Menuju Putrajaya

che'GuBard
Calon Pakatan Rakyat (PKR)
N21 Sg Acheh



sumber:- jalanpulang
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig 

Friday 3 May 2013

BILLBOARD SHAHRIZAT DITURUNKAN

Lagi dan lagi billboard kita diturunkan. Adakah bahan billboard itu melanggar undang-undang. TIDAK. Tetapi kenapa diturunkan. Itu bermaksud UMNO akan tumbang sebagaimana tumbangnya billboard tersebut. Sebelum ini Khalid Ibrahim dihalang di SINI. Billboard "Keluar Mengundi" diturunkan pula di SINI.
Tak pa.........tinggal besok 1 hari ja lagi. UBAH!!!

Rakyat nak tanya keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Jalil dapat RM250 juta untuk ternak lembu tapi duit rakyat itu digunakan untuk beli kondo, adakah akan membangkitkan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam?

Jawapannya sudah pasti tidak...tetapi mengapa perlu papan tanda yang menyiarkan soalan itu diturunkan pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)?????

Inilah berlaku papan tanda di Parlimen Gelang Patah yang ditandingi Penasihat DAP Lim Kit Siang lawan MB Sementara Johor Ghani Othman.

Sah UMNO di Johor sudah goyang dan hampir nak tumbang!!!!... Sudah takut dengan bayang-bayang...




sumber:- omakkau
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

MIMPI ITU.....

Diari seorang budak sekolah rendah ini sudah lama berlegar-legar di laman sesawang. Apa yang menyentuh hati kita ialah adakah mimpi kanak2 tersebut boleh menjadi kenyataan atau sekadar menyiapkan kerja sekolah yg diberikan gurunya sahaja. Sama-sama kita mendoakan agar mimpi menjadi nyata.



Latihan Membuat Diari Semasa Cuti Sekolah Pada Hari Sabtu dan Ahad.

6:00 Pagi  / Ibu kejutkan Saya untuk mandi Sembayang dan Sarapan.

7:00 Pagi / Ikut ibu pergi ke pasar mebeli Ikan dan Sayur.

9:00 Pagi / Saya cuci kasut Sekolah Selepas itu membaca Buku dan membuat kerja rumah.

10:00 pagi / Saya menonton Tv dengan adik - adik Saya

1:00 PTg / Saya makan tenggah hari dengan keluarga Saya

2:00 PTg / menggikut Ayah  Saya memasang Bendera barisan nasional

5:00 PTg / balik Rumah Selepas Itu bermain bola bersama kawan - kawan.

7:00PTg / mandi dan sembayang Selepas Itu Pergike Rumah Tok wan untuk menggaji

8:00 mlm / makan malam Selepas Itu Sembayang dan menonton Tv.

10:00 mlm / saya tertidur. lepas itu Saya bermimpi dato anwar menjadi Perdana menteri malaysia Selepas itu dato anwar datang ke rumah Saya dan memberi buku Pensil Pemadam Pembaris beg Sekolah dengan baju sekolah baru selepas itu Saya di bawa jalan - jalan

6:00 Pagi / Ibu kejutkan Saya bangun pagi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerpen di bawah ini juga mimpi. Adakah semata-mata doa membolehkan ia menjadi nyata. Yang pastinya tanda pangkah pada 5 Mei boleh membuktikan segala. Wajib dibaca sehingga habis.

--------------------------------------------------------------------

Disember 2016

Kaki Ramli sudah mula boleh berjalan seperti biasa. Walaupun masih belum secergas sewaktu sebelum kejadian kemalangan, tetapi sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada koma yang hampir meragut nyawanya.

Disember 2012, Ramli baru sahaja selesai sekembali dari menjadi perwakilan perhimpunan agung UMNO ke Perak. Kereta Vivanya terbabas sewaktu sampai diselekoh masuk ke Tanjung Malim dan melanggar pembahagi jalan. Mungkin kerana mengantuk yang telah menguasai dirinya, dia terlelap sewaktu memandu.

Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk sehingga dia koma selama hampir 3 tahun. Pada penghujung 2015, Ramli mula sedar sambil dikelilingi oleh ahli keluarganya. Dia hanya ternampak kelibat anaknya tetapi tidak bekas isterinya.

Setahun Ramli menjalani latihan fisioterapi. Latihan bagi mengembalikan tenaga dan juga kekuatan otot yang ramai pakar sudah menjangka beliau akan terus lumpuh selama-lamanya sekiranya dia dapat melepasi tempoh koma tersebut. Kita merancang, Allah la sebaik-baik perancang. Ramli hari ini berjaya membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, kita boleh mengatasi logik akal manusia.

-----------------------

Ramli memandang jauh di luar kereta sahabat baiknya Amran. Setelah dijaga lama di rumah orang tuanya di Ipoh, Ramli bercadang untuk makan angin di Kuala Lumpur. Pandangan nya meliar tetapi teliti pada setiap butiran yang dapat ditangkap oleh anak matanya.

“tak banyak berubah ye Am?”

Amran mengangguk. Rakan kenalan lamanya sejak dari kecil itu terus memandu cermat.

“aku pun tak sempat nak baca berita hari ni.” Amran Cuma tersenyum.

“tak payah baca. Ko dengar je berita kat radio nie ha. Bernama 24. 24 jam berita.” Ujar Amran.

“ha. Ok jugak. Aku pn dah lama tak dengar berita.” Ramli membetulkan duduknya. Ingatannya masih lagi segar tentang perhimpunan agung Umno 2012 yang dihadirinya dahulu. Amran menukar siaran radio kepada bernama 24.

“Dulu radio nie dekat area KL je ada. Sekarang seluruh Malaysia ada” Ramli mengangguk membenarkan kata-kata Amran. Selesai iklan di radio, pembaca berita wanita berkumandang di corong radio.

“Setelah hampir empat tahun, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa saman pemilik Independent Power Producer (IPP) terhadap kerajaan Malaysia dibatalkan dan juga perjanjian IPP yang ditandatangani pada pemerintahan sebelum ini adalah tidak sah dan melanggar undang-undang Negara.”

Riak wajah Ramli berubah.

“Am, macam mana nak kuatkan sikit radio ni?” Am menekan butang untuk membesarkan suara.

“Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Khalid Ibrahim, ini merupakan satu kejayaan yang dipihak kerajaan kerana ini berjaya menyelesaikan kemelut perjanjian berat sebelah di antara pemengang hak IPP dan kerajaan sebelum ini.”

Ramli memandang ke muka Amran.

“Perdana Menteri kita siapa Am?”

Amran terdiam sejenak sambil memandang terus ke lebuh raya utama. Mereka melepasi satu billboard dengan wajah Tan Sri Khalid Ibrahim dan perkataan “Terima kasih rakyat kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat”. Amran menunjuk ke arah billboard tersebut. Dada Ramli berombak kencang. Jantungnya berdegup.

“Jadi Perdana Menteri kita…”

“Najib sedang dibicara sekarang kerana kes-kes penyelewengan. Begitu juga dengan Daim, Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi. Ramai jugak businessman-businessman yang sedang dibicara dan sudah didapati bersalah.”

“ni semua kerja si jahanam Pakatan Rakyat la nie. Mesti dia orang punya kerja. Agen cina la ni!” balas Ramli geram.

“ Memang dia orang yang mulakan. Tetapi sekarang ni zaman dah berubah. Kerajaan pemerintah dah tak ada kuasa untuk menentukan keputusan hakim, polis dan SPRM. Undang-undang baru dah diluluskan 2 tahun lepas. Artikel 40 perlembagaan dah di gubal dan memberi kuasa kepada raja. Jadi semua telus.”

“Ah penipu je tu. Dia orang tu semua penipu. Ko boleh cakap sebab ko kan penyokong kuat PAS.”

“Bukan masalah aku penyokong kuat PAS atau tidak. Macam niela . Aku bawak kau jalan-jalan, kau tengok sendiri Malaysia sekarang sama tak dengan Malaysia dulu.” Ramli terdiam.
Setelah berhenti rehat di R&R Sungai Buloh, Amran dan Ramli meneruskan perjalanan melalui satu pondok tol yang sudah ditinggalkan dan hampir selesai dirobohkan. Ramli memandang pondok tol tersebut.

“Dua tiga tahun lepas dah tak de pondok tol tu. “ ujar Amran sambil membelokkan kenderaannya memasuki jalan utama sungai buloh.

“Maksud kau?”

“ Kerajaan dah mansuhkan tol seluruh Malaysia. Yang ada pun satu je dekat jambatan ke tiga Pulau Pinang. Tu pun sebab jambatan tu hak milik 100% private. Tapi tol tu dalam RM 1 je.”
Ramli terdiam sejenak. Menyedari Ramli terdiam Amran meneruskan kata-katanya.

“Zaman nie tak macam 4-5 tahun lepas. Kau tengok stesen minyak tu” Ramli segera menoleh ke arah stesen minyak petronas.

“Nampak tak macam harga kat stesen minyak tu? Dulu tak ada kan?”

“Aha.. harga apa tu?”

“Tu harga minyak pada setiap setesen minyak. Sekarang ni harga minyak tidak ditentukan oleh kerajaan tapi ditentukan oleh syarikat minyak tersebut. Jadi tidak ada subsidi. Tengok harga minyak tu. RON 99 RM 0.75. RON 98 RM 0.55 RON 97 RM 0.45. Diesel je sekarang ada subsidi kerajaan. Jadi harga diesel RM 0. 35.”

“Tak bankrap ke kerajaan kita? Tak ke nanti petronas tutup sebab tak boleh bersaing?”

“Tah la. Dah hampir 3 tahun macam ni. Petronas sekarang pun keuntungan dah naik sejak buat macam nie. Petron pun dah tutup tak dapat bersaing dengan Petronas, BP dan Shell”

“emm.. kita nak ke mana nie?”

“Aku nak bawak ko pegi tengok kereta kat Bangsar. Nak angkat kereta baru.”

“Ala, nape sampai bangsar perginya? Jauhnya. Kat Ipon tak de ke?” Tanya Ramli

“Member aku pun kerja sana. Dah janji beli dengan dia. Paper pun semua dah settle.”

Mereka membelok ke kawasan utama bangsar dan berhenti di tepi kedai Mamak bersebelahan kedai kereta Toyota.

“Hish. Kereta Toyota ko beli? Boleh ke bayar bulan-bulan nie?” Ramli menutup pintu kereta Amran perlahan. Sahabatnya ini masih setia dengan Proton preve yang di belinya 5 tahun dulu. Amran tersenyum.
“ko tengok je la.”

Ramli berjalan mendekati kereta Toyota Xavier 2015.
“lawanya” Ujar Ramli.
“ Ni kereta tahun lepas. Aku tengok yang Toyota Camry 2016.”

“Gila kau. Camry tu dekat nak tiga ratus ribu. Tu 5 tahun lepas. Sekarang berapa?
Amran tersenyum lagi dengan keletah kawannya ini.

“Dulu lain. Sekarang lain.”
“Sekarang berapa?”
“Seratus dua puluh ribu”.

Ramli terlopong. Ramli berjalan masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Harga kereta import tidak seperti yang dia lihat sebelum ini. Harganya amat murah.

“Proton macam mana Am? Dah tak de lagi kan? Mesti la tak de lagi sebab kereta import pun dah murah.”

Amran dan Ramli berjalan keluar dari kedai Toyota tersebut dan terus ke kedai mamak sebelah.
“Jomla kita minum dulu. Biar aku cerita semua.” Ramli akur dan duduk di kedai mamak.

“Ha. Aku ingat lagi kesukaan ko Ramli. Ane, bagi kari kambing kampung satu. Briyani tau. Nak keropok banyak.” Ramli tersenyum

“Ingat lagi ko ye. Tak payah la belanja mahal-mahal ngan aku.”

“Ala tak mahal pun Ramli. Sekarang harga kambing bukan macam dulu. Dulu kita kena import kambing, lembu nie tu yang mahal. Sekarang nie kerajaan dah buat mass production ternakan nie. Sampai orang luar pun import kat kita. Dulu kalau makan biryani kambing sini mau tak lari 20 ringgit. Sekarang nie 5 ringgit je.”

“kau biar benar!”
“Iye”
“Ha tadi kau kata nak cerita. Cerita la” Mamak di kedai bangsar menghidangkan air minuman kepada mereka.

“Banyak benda dah berubah.” Amran menarik nafas. Ramli setia mendengar.
“Kau dah tau Perdana Menteri Malaysia kan? Timbalannya Dato Seri Dr Dzulkifli Ahmad. Ahli Pas.”

“Habis tu Anwar macam mana pulak?” Celah Ramli.
“Oh Anwar dah bersara tahun lepas. Anak dia, Dato’ Seri Nurul Izzah sekarang presiden parti dengan Datuk Rafizi sebagai timbalan. Wife dia pun dah bersara. Sekarang rasanya dia orang pergi umrah.”

“Bukan Anwar yang gila nak jadi perdana menteri ke?”

“Gila tak gila pun, dia tak pernah pun jadi perdana menteri. Lepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya 2013, Anwar terus mengumumkan untuk bersara. Tetapi, tahun lepas baru betul-betul bersara.”

“emm. Banyak benda dah berubah”

“Memang pun. Khairi Jamaluddin pun dah join DAP sekarang.”

“KJ join DAP? Gila kau! Kenapa DAP? Bukan tu parti Cina ke?”

“Ish ko nie. DAP mana pernah kata dia parti cina. Habsi tu Karpal Singh tu cina ke? Anak dia, yang singh tu, cina ke? Tak de la. Dia nak join PKR, tapi PKR tak terima. PAS memang dia alergik. Jadi DAP je yang boleh terima dia. Bagus dia orang tu. Walaupun dulu KJ tu cakap macam-macam tentang DAP, sekarang boleh jugak di terimanya”

“Dia tak terlibat dalam politik wang sekali ke?”

“Ada. Enam bulan kena soal siasat dengan SPRM. Tapi dengarnya, disebabkan dialah ramai yang tertangkap di peringkat tertinggi parti UMNO dan BN. Dia pecah rahsia. Jadi, kerajaan bagi dia lepas dengan jaminan berkelakukan baik.”

Di televisyen rancangan berita tengahhari TV3 berlangsung dengan pembaca berita memakai purdah sedang membacakan berita.

“Berita Jam 2. Menurut ketua pembangkang, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen semalam, keenganan kerajaan mendedahkan jumlah sebenar pemegang permit teksi menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dan mahu menyembunyikan fakta sebenar bahawa terdapat kroni kerajaan Pakatan Rakyat terlibat di dalam perkara ini. Mendedahkan perkara tersebut, dato Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beberapa kertas dan dokumen rahsia mengenai perkara tersebut.”

Ramli masih mendengar dengan teliti.

“Ha ko dengar tu. Nampak sangat kerajaan pakatan rakyat nie penipu. Eh sekarang TV3 ada lagi ke? Bukan TV3 UMNO Punya?” Amran tidak berkata apa-apa. Cuma terus mendengar berita di TV.
“Namun begitu, menjawab pertuduhan tersebut, Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa dokumen tersebut sebenarnya adalah dokumen yang mendedahkan bahawa 100% pemegang permit tersebut adalah bekas ahli BN ataupun kroni mereka yang kini sudah bersara, menghilangkan diri ataupun masih lagi menjalankan perniagaan tersebut. Ini kerana menurut menteri pengangkutan, dokumen tersebut sebenarnya diwarisi daripada kerajaan sebelum ini dan juga turut di miliki oleh kerajaan sekarang dan kini berada di tangan SPRM untuk siasatan lanjut. Rakyat akan dapat memuat turun dokumen tersebut di laman sesawang kerajaan Malaysia tidak lama lagi”

“Tv sekarang pun dah telus. Tak macam dulu” ujar Amran.

Makanan sudah tiba dan dihidangkan di hadapan mereka. Ramli seakan-akan tidak berselera. Amran perasan perubahan kawannya itu.

“Proton macam mana? Kau tak cakap tadi?”

“Oh. 3 tahun lepas dasar automobil Negara dah digubal. Semua kereta import dah tak ada lagi harga mahal-mahal. Kereta proton dan ada enjin sendiri dan kualiti lebih baik dari proton preve aku tu boleh dapat sekarang dengan harga bawah 30 ribu. Kalau kereta macam myvi boleh dapat bawah 15 ribu. Second hand pun dah murah sekarang. Kalau myvi dalam rm 800 pun boleh dapat.”

“Jadi proton masih ada?”

“Ada. Cuma dah tukar nama.”

“Tukar”

“Aha. Tukar. AutoPeople”
“Auto People?”

“aha. Kereta rakyat. Jadi semua murah dan mudah nak dapat. Kualiti pun dah bagus dan 100% buatan rakyat Malaysia termasuklah enjin, body, spare part. Jadi bila dah buat tempatan, harga murah.”

Ramli terdiam. Ramli teringat lagi kata-kata yang di dengarinya pada perhimpunan agung UMNO 2012. Itu la ingatan yang paling segar di ingatannya. Seolah-olah ia berlaku semalam. Tetapi ingatan tersebut seakan-akan kontra dengan apa yang dilihatnya pada hari ini. Dunia yang ada pada hari ini semacam asing baginya. Dia tidak tahu, sama ada patut gembira. Atapun patut berduka.

“Zaman dah berubah Ramli. Masa kau terlantar kat hospital, anak-anak kau dapat bantuan kerajaan negeri Perak dari baitulmal. Rumah tu pun di bayar oleh baitulmal. Kalau tak, mana dia orang nak duduk dengan pendapatan bekas isteri kau tu.” Amran menyirup air kopi dan meneruskan ceritanya.

“Anak kau yang bungsu tu, si Afdal kan sakit jantung. Alhamdullilah dah pun di bedah di IJN wad kanak-kanak dengan pakar dari India. Kos dia dalam 15 ribu. Kau dulu Tanya berapa masa sebelum kemalangan tu?”
“IJN?” Jawab Ramli pantas.
“Ha IJN”
“Lapan puluh dua ribu”
“Ha tu yang kau tak dapat nak cover kan”. Ramli mengangguk lemah.

“ Menteri besar Perak, dato’ seri Nizar sendiri tandatangan surat kelulusan pembedahan anak kau di bawah jaminan kerajaan negeri. Percuma.”

Ramli memandang ke arah kawannya Amran lama. Perlahan air matanya mengalir. Antara sedih, tidak percaya, marah geram.. Matanya berpinar. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dunianya berpusing. Akhirnya dia rebah.

-----------------------------

Ramli dikejutkan oleh bunyi yang agak bising. Dia membuka matanya. Dia ternampak Amran dan anaknya di sisi. Ramli terkejut dan melihat sekeliling.
“Aku kat mana ni Amran?” Dia memandang Amran dan anaknya serta orang lain.
“Kenapa semua orang Nampak lain?”
“Apa yang lainnya Ramli? Tanya Amran.
“Semalam kau kemalangan. Sekarang nie kau kat hospital Ipoh. Nasib baik la kau pengsan dan patah kaki je.”

“Semalam? Jadi… tadi aku bermimpi ke? Ini bukan 2016? Pakatan Rakyat tak menang?” Ramli memegang kepalanya dan menangis. Di televisyen, wajah Steve Job, pengasas syarikat Apple, dalam ucapan terakhirnya di sebuah university di Amerika memberikan kata-kata yang bakal merubah hidup Ramli. dan mungkin kita.:

“Selanjutnya, anda tidak akan dapat menyambung titik (kehidupan) dengan memandang kehadapan; Anda hanya akan dapat menyambungnya dengan memandang kebelakang. Jadi anda kena yakin bahawa titik tersebut akan bersambung pada masa depan anda. Anda hendaklah percaya kepada sesuatu – gerak hati anda, takdir anda, hidup, karma, apa sahaja. Pendekatan ini tidak pernah menghampakan saya, dan ia telah membuat segala perubahan, dalam hidup saya” - Steve Jobs -

“Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.”




[newspapers BERBICARA] MAT TAIB NGAKU KALAH

Tak perlu cerita lebih-lebih. Baca sendiri keratan akhbar tu.........


TERBUKTI...

Baru ja sepenggal pemerintahan PR tapi terbukti kecemerlangannya... Inilah hasilnya dan bukti kerajaan PR yang telus dan amanah memerintah DEMI RAKYAT..

sumber:- shalehudin
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[GAMBAR] AISHAH GEMPUR RUMAH PENYOKONG KUAT UMNO

Sebelum ini gempar YB Nizar, SINI & YB Azmin Ali, SINI menerjah Bilik Gerakan BN dengan sopan sekali. Kali ini giliran Aishah, calon PAS/PR Parlimen P127 Jempol, pula mengunjungi rumah penyokong tegar UMNO.  Kunjungan ini berlaku kira-kira seminggu yang lalu.



WALAUPUN DI DINDING RUMAHNYA DITAMPAL DENGAN BENDERA DACING DAN GAMBAR NAJIB,  NAMUN AISHAH TETAP JUGA SINGGAH BERTANYA KHABAR!!!!

Seorang penyokong dan pendokong UMNO tegar di Felda Serting terkejut besar apabila calon PAS/PR Parlimen P127 Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Aishah datang berkunjung kerumahnya.

Dalam lawatan tersebut Aishah telah menunjukkan rasa simpati dan keperihatinan anak istimewa penghuni rumah itu.

Jelas sekali dari raut wajahnya, memang beliau tidak sangka dan duga sama sekali serta cukup terharu calon PAS Parlimen Jempol akan sudi singgah, jengok sambil bertanya khabar.

Inilah dinamakan politik berhemah....bukannya politik terjah dengan videoh fitnah lucah.


Tabik spring melantun  kepada Aishah.



ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[HOT] TAN SRI KHALID IBRAHIM DIHALANG | memasuki pelabuhan Miri

Halangan demi halangan memburu Pakatan. Sebelum ini billboard diturunkan SPR. Klik SINI.
Sabar, 2 hari ja lagi................Insya'Allah ke Putrajaya kita.



Berita baru terima menyatakan Tan Sri Khalid Ibrahim telah dihalang dari memasuki Pelabuhan Miri Sarawak.

Demokrasi apa ini???????...Mengapa perlu halang seorang warga Malaysia yang bertaraf Menteri Besar masuk Pelabuhan Miri!!!!!

Nampak sangat dayus dan kecutnya kerajaan Sarawak pimpinan Taib Mahmud.



sumber:- omakkau
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

BILLBOARD Keluar Mengundi DiTURUNKAN SPR | parlimen Gelang Patah



Mendapat khabar dan gambar bahawa pihak SPR dengan bantuan polis telah menurunkan papan tanda (bill board) yang mengajak rakyat keluar mengndi.

Kejadian yang agak anih dan pelik ini berlaku di Parlimen Gelang Patah, kawasan parlimen yang ditandingi Penasihat DAP atas tiket Pakatan Rakyat.

Agak musykil dan menghairankan.. Adakah papan tanda itu boleh mencetuskan suasana tidak harmoni serta mengancam kenteraman awam dan keselamatan negara?

Kalau dengan papan tanda ajak rakyat keluar mengundi ramai-ramai pun sudah menjadi satu masalah dan kesalahan....tiada apa nak di komenkan lagi.

Atau sememangnya wujud status pengundi hantu?....Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Siapa makan cili padi berlebihan maka sudah pasti terasa pedas samapi terjelir lidah melecur... Itu kata orang tua zaman dulu kala lah....





sumber:- omakkau
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[VIDEO] SOMBONGNYA MAMAT CHAMPION NI - 101%


Semua orang dah tau cerita ni. Cuma nak ingatkan saja lagi 2 hari, kat mana dia akan bawa champion dia tu.
Najib pun masih dok minta mandat rakyat, tapi mamat champion ni dah 101% YAKIN (Hantu kot) BN akan tawan Selangor & beliau akan jadi Wakil Rakyat Shah Alam.

240x360x480


ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

[INGATAN] DATANG awal MENGUNDI | 5 Mei 2013 (Ahad) 8pg-5ptg


Untuk sebaran umum. Hari terakhir Jumaat di bawah dacing. Hari ini semuaaaa hijau kita keluar rumah hijaukan bumi tuhan. Share kan.. Hari ni, pagi nih..




**Lagi Gambar Supporters Selurun Dunia ....JOM BALIK UNDI !!!

Puncak Gunung Rinjani..Lombok.. Indonesia..1 Mei 2013

 Rakyat Malaysia di Shanghai akan balik mengundi PAS. Rakyat Bangladash Filipine akan di bawa masuk Malaysia untuk undi Parti Lanun

 Dato Husam independent supporter dari Bkt Antarabangsa






[VIDEO + GAMBAR] BUKTI DI PADANG yang SAMA - ANWAR vs NAJIB | Han Chiang High School

BN dah MENANG BENDERA di Pulau Pinang. Itulah pengakuan yang dibuat oleh bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 di dalam ceramahnya di Sekolah Tinggi Han Chiang pada 29 April baru-baru ini. Apa reaksi anda?

Memang betul dakwaan tersebut, setiap hari saya pusing Penang bagaikan tidak percaya kita dibanjiri dengan bendera2 biru 1Malaysia di segenap cerok hingga ke Balik Pulau. Namun di tempat yang sama, di padang yang sama perbezaan sambutan terhadap Najib & Anwar; sungguh berbeza. Gambar & video menceritakan segalanya. Rakyat sanggup tunggu sebelum Maghrib hingga tengah malam.
Ini kalilah...UBAH !!!


Thursday 2 May 2013

[VIDEO] WAJID TONTON | aku Anwar Ibrahim



Nostalgia, ceria dan bahagia... Rakaman gambar DSAI beberapa tahun sebelum dizalimi, difitnah, diaibkan dan dihumban ke dalam penjara.

Beliau tidak gentar, mengalah dan terus bangkit semula untuk rampas kembali takhta kuasa dari parti yang gila kuasa.

Pemimpin UMNO pecat tapi rakyat angkat!!!

Kuasa rakyat kuasa keramat...PRU 13 ini riwayat UMNO akan tamat.

Klik video di bawah untuk lebih penghayatan. Jangan sampai bergenang air mata........

 **VIDEO WAJIB TONTON

 240x360

HERMAN TINO jual kereta untuk BERTANDING



Berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjong Karang mungkin idea luar biasa yang tidak boleh diterima dek akal, tetapi itu cuba dibuktikan calon Bebas, Herman Tino yang serius untuk kempennya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 59, berkata, dia tidak mempunyai dana khas seperti calon lain dan hanya bergantung kepada bantuan rakan di samping terpaksa menggadai kereta dan meminjam wang bagi pastikan kempennya berjaya.

[GAMBAR] HOT PENGUNDI HANTU | bukti pejabat PM sah terbabit



Ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa KEADILAN memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

[VIDEO] REWIND AZHAR IDRUS Mustapha Kamal HUSAM MUSA | putrajaya 26 April



Untuk sesiapa yang tidak puas melihat video AZHAR IDRUS - Perhimpunan Di Presint 19 Putrajaya sebelum ini. Klik SINI. Saya upload kembali video yang lebih jelas. Satu video pendek, mengenai Al-Quran itu ubat. Satu lagi video penuh 39 minit. Sama-sama kita hayati & ambil ilmu.
**point menarik minit:-
05:00
09:03

114x240

 
 240p
point menarik:-
05:00
09:03
14:30
23:13
24:48
28:00
36:22  doa


ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig



[HOT tengah MALAM] MILO SUAM DI TAHAN di Bukit Aman

 
Sebelum ini aku pernah keluarkan artikel "Milo Suam nak dihantar ke penjara" disebabkan hanya inginkan penjelasan dari SPR mengenai polis dah mengundi sebelum 30 April. (undi awal)
Alih-alih tengah malam ini dapat berita Milo dah ditangkap & dibawa ke bukit aman. Gajet-gajet beliau juga dirampas.

Artikel sebelum ini, klik sini:-
http://inikalilahpru13.blogspot.com/2013/04/hot-milosuam-nak-dihantar-ke-penjara.html

artikel sebelum SPR report polis, rujuk sini:-
http://inikalilahpru13.blogspot.com/2013/04/top-hot-polis-media-dah-mengundi-kata.html

Wednesday 1 May 2013

SPR AKUI DAKWAT KEKAL tidak kekal


SPR: MUNGKIN PETUGAS TAK GONCANG  BOTOL DAKWAT


 


Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.


Ini penjelasan SPR ;


Claims that the indelible ink put on a voter's index finger can be easily washed off may be due to failure by the Election Commission (EC) staff in following procedures.

EC secretary Kamaruddin Mohamed Baria said today following the claims, the EC ran some tests yesterday and as a result, fingers smeared with ink from shaken bottles lasted longer than the others.


NONE"Not withstanding the impact of indelible ink, the EC wants to emphasise that early voters who voted on April 30, 2013, cannot vote again on May 5 because their names do not exist in the electoral roll for ordinary voters," Kamaruddin said in a statement late last night.

He said the EC would continue to use indelible ink on May 5, 2013, in accordance with the requirements of the law currently in force. 

The EC received the information via social networking sites, with a photograph of an early voter showing the indelible could be easily removed by washing.

- Bernama
 
 

------------------------------


1. SPR menjelaskan bahawa dakwat kekal yang dicalitkan ke atas sesetengah jari pengundi yang hilang/luntur selepas dicuci adalah kerana kegagalan kakitangan SPR mematuhi prosuder yang telah ditetapkan.

2. Kajian mereka menunjukkan bahawa calitan dakwat kekal tahan lebih lama jikalau botol digoncang berbanding tidak digoncang.

3. Namun begitu SPR menjelaskan bahawa pengundi2 awal yang telah melakukan pengundian awal tidak dibenarkan mengundi sekali lagi memandangkan nama mereka tiada dalam rekod pengundian umum pada 5 mei ini.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya. 



ini kalilah pru13
link Youtube


[GAMBAR] HARI MEMBUANG UNDI | PRU dulu-dulu; klasik (15 gambar)

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semua yang layak boleh membuang undi. Mari lihat suasana hari membuang undi dari PRU dulu-dulu. Boleh hisap rokok sambil mengundi...... dan paling best tengok rupa Kak Ros masa muda. She WAS pretty.




















[VIDEO] INI KALILAH kanak-kanak NYANYI gerenti MENCUIT



Ini kaaalilah.....!!!


240x360x480x720HD


ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig