Friday 3 May 2013

[VIDEO + GAMBAR] BUKTI DI PADANG yang SAMA - ANWAR vs NAJIB | Han Chiang High School

BN dah MENANG BENDERA di Pulau Pinang. Itulah pengakuan yang dibuat oleh bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 di dalam ceramahnya di Sekolah Tinggi Han Chiang pada 29 April baru-baru ini. Apa reaksi anda?

Memang betul dakwaan tersebut, setiap hari saya pusing Penang bagaikan tidak percaya kita dibanjiri dengan bendera2 biru 1Malaysia di segenap cerok hingga ke Balik Pulau. Namun di tempat yang sama, di padang yang sama perbezaan sambutan terhadap Najib & Anwar; sungguh berbeza. Gambar & video menceritakan segalanya. Rakyat sanggup tunggu sebelum Maghrib hingga tengah malam.
Ini kalilah...UBAH !!!


Menurut pihak penganjur, padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, bagaimanapun selain padang yang sesak, jalan Air Itam dan lain-lain jalan yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi.

Oleh itu pihak penganjur menganggarkan kira-kira 70,000 orang telah hadir...


Ini sebahagian dari laporan dari The Malaysian Insider..

Setiap inci padang dipenuhi oleh penyokong PR ketika Kit Siang menutup perhimpunan selama lima jam itu dengan menggesa rakyat Malaysia bangkit terhadap apa yang beliau gelar “mimpi besar Malaysia.”

“Mari kita dalam pilihan raya ini untuk bangkit dan berani bermimpi, mimpi besar tentang Malaysia yang adil, pentadbiran baik, kebebasan dan dimana semua daripada kita dianggap sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudiannya,” kata beliau kepada penyokong.

Dengan hon ditiupkan dan jeritan kuat “Ubah” – slogan DAP untuk Pilihan Raya 2013 - orang ramai tenggelam dengan pelbagai ucapan menentang Barisan Nasional (BN).







Dengan pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng turut berucap, sorakkan paling kuat diberikan kepada Kit Siang yang berumur 72 tahun – bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.

“Jika kita mahu selesaikan urusan belum selesai tsunami politik 2008, ia mesti dari selatan. Sebab itu saya kembali ke Johor,” kata Kit Siang yang dilahirkan di Batu Pahat.

“Saya menang di Ipoh Timur pada ketika itu dengan majoriti melebihi 21,000 undi tetapi Gelang Patah adalah kubu kuat BN yang mereka menang dengan hampir 9,000 undi pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004. Ia adalah risiko besar untuk saya.”

Kempen Kit Siang telah diterima dengan baik oleh kebanyakkan pengundi Cina di Gelang Patah akan tetapi beliau berhadapan dengan serangan kritikan dari pemimpin BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

Umno telah menuduh Kit Siang sebagai rasis dengan Dr Mahathir memberikan amaran akan berlaku konfrontasi diantara Melayu dan Cina jika Kit Siang menang di Johor.

Hampir separuh pengundi di Gelang Patah adalah Cina dengan Melayu mempunyai angka yang signifikan selebihnya.

Guan Eng yang bercakap sebelum membiarkan ayahnya mengambil alih pentas, turut menerima sambutan hangat daripada penyokong DAP.

“Dr Mahathir pernah berkata Pulau Pinang adalah negeri kotor. Kita ingat Pulau Pinang tidak boleh jadi bersih.

“Tetapi kita tahu selepas 2008, ianya bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan BN.”

Selepas permulaan yang agak perlahan minggu lepas, pemimpin PR merancang beberapa siri perhimpunan raksasa bermula dengan acara di Han Chiang malam tadi.

DAP turut mengumumkan mereka telah mengutip RM236,851 derma tunai dari hadirin.

** Saksikan 3 video ini yang pastinya memukau mata anda.


 144x240x360x480
link youtube

  144x240x360x480
link youtube

 240x360x480x720HD
link youtube
saksikan minit ke 01:53


sumber:- sungaiderhaka/youtube channels
ini kalilah pru13
link Youtube:-  https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig

No comments:

Post a Comment