Tuesday 30 April 2013

[VIDEO + GAMBAR] HOT TIAN CHUA BUAT REPORT POLIS | dakwat tak kekal SPR harus jawab


KUALA LUMPUR 30 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat satu laporan di Balai Polis Jinjang berhubung isu salahlaku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pembekalan dakwat kekal yang digunakan untuk pengundian awal PRU 13 hari ini.

Calon Parlimen Batu itu berkata, beliau mendapati salahlaku ini berlaku selepas melawat pusat pengundian awal di Kem Batu Kantomen, Jalan Ipoh dan Taman Koperasi Polis di ibu negara.

"Pada awalnya, selepas melawat pusat pengundian awal ini, saya berpuas hati dengan proses calit dakwat kekal berwarna ungu di jari telunjuk kerana ia berjalan seperti yang dijanjikan oleh SPR.

"Tetapi lebih kurang jam 10.30 pagi, saya dihubungi oleh seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa dakwat kekal itu boleh ditanggalkan," ujarnya sambil menambah pegawai ATM itu memohon identitinya dirahsiakan.

Beliau kemudian bertemu dengan pegawai ATM tersebut di sebuah lokasi untuk menunjukkan bagaimana dakwat itu boleh luntur dengan menggunakan 'instant hand sanitizer luxor' (bahan pencuci tangan segera).

"Apa yang saya dapati, ia memang mengejutkan kerana tujuan dakwat kekal digunakan adalah untuk mengelakkan pengundi membuang undi berulang kali.

"Penemuan ini menunjukkan proses berkenaan tidak telus dan berkemungkinan penyelewengan boleh berlaku," kata Tian sambil mendesak polis segera mengambil tindakan.

 **lagi gambar & video di bawah.










 

 
 240x360






No comments:

Post a Comment