Mengejutkan!
Belum sejam masa pengundian bermula jam 8 pagi tadi, Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din membuktikan bahawa dakwat kekal yang didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai kekal rupanya menunjukkan hasil sebaliknya!
Menulis dalam laman sosial Facebook miliknya, beliau mendakwa dakwat kekal yang dicalit pada jari telunjuk sebelah kiri hingga ke kuku boleh dibasuh menggunakan air biasa tanpa sebarang pelarut (solvent).
Beliau mempersoalkan bagaimana SPR boleh mendakwa dakwat tersebut boleh kekal sehingga tujuh hari sedangkan ia cuma boleh bertahan tak sampai sejam?
Belum pasti sama ada calon PAS parlimen Arau ini akan membuat laporan polis atau tidak kerana hampir kesemua pengundi yang sudah menunaikan tanggungjawab mereka juga mendakwa perkara sedemikian.
Saya mengundi pada jam 8.25 pagi dengan dicalitkan jari telunjuk kiri saya penuh dengan dakwat kekal.
Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal.
Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal.
Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical, telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan.

Bagaimana SPR menamakan dakwat itu dakwat kekal?
Siapa tipu siapa?
Samada pembekal menipu spr atau spr menipu pengundi atau pengundi menipu dirinya?
Rakyat memerlukan penjelasan. NANTIKAN KEPUTUSANNYA MALAM INI.
ini kalilah pru13
link Youtube:- https://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig
No comments:
Post a Comment