Himpunan Kemarahan Rakyat,
8 Mei 2013
8.30mlm
Stadium Kelana Jaya.
Pakai pakaian warna HITAM!
Sebarkan!
Pilihanraya
UMUM ke 13 telah selesai. Keputusan mengejutkan apabila BN berjaya bertahan di Pusat
Kerajaan Putrajaya untuk tempoh lagi 5 tahun. Menurut banyak sumber
termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tidak menerima keputusan
tersebut kerana banyak bukti audio-visual samada gambar, video dan saksi
melihat kejahatan tersebut.
Saya sendiri secara peribadi masih boleh menerima kekalahan PR di banyak tempat. Namun, kekalahan dengan ada unsur-unsur penipuan amatlah tidak boleh diterima.
1. BLACKOUT
Di
banyak lokasi terdapat modus operandi yang sama untuk memastikan calon
Parlimen Pakatan Rakyat tidak menang. Operasinya cukup mudah. Apabila
malam pengiraan undi berlansung dan keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat
maka undi akan dikira semula atas alasan ada Peti Undi yang hilang.
Kemudian 'BLACKOUT' atau gangguan bekalan elektrik. Apabila dikira
semula calon Barisan Nasional yang menang. Dikatakan kes berlaku di
banyak tempat.
Zainab
binti Zainun daripada TNB telah membuat kenyataan bahawa tiada masalah
putus bekalan elektrik atau 'blackout' pada malam kejadian di
pusat-pusat mengundi. Beliau percaya bekalan elektrik diputuskan dengan
sengaja atas tujuan tertentu. (sila click untuk bukti)
2. LAMBAKAN BANGLASIA
Diberitakan
juga rakyat Malaysia dapat menangkap ramai rakyat Bangladesh, Myanmar,
Indonesia dan lain-lain yang bersedia untuk mengundi. Maka, ia
mengesahkan projek 6P yang dilaksanakan beberapa tahun sudah dimana
setiap pekerja asing yang datang secara haram boleh mendapat pengampunan
dengan mendaftar di kaunter-kaunter PROJEK 6P dimana setiap pendatang
asing ini diberikan IC dengan syarat mengangkat sumpah untuk mengundi BN
pada PRU13. Zaman ini bukan zaman Utusan Malaysia atau RTM/TV3. Zaman
ini zaman mudah alih...zaman mobile internet. Dalam tempoh singkat saya
sudah dapat akses video terkini tentang tangkapan Bangla yang datang
berbondong2 ke pusat pengundian.
Berikut adalah bukti-buktinya:
(sila klik a, b, c, d, e,...untuk ke link tersebut)
b- Warga Asing diberi Kad Pengenalan didalam Bas
c- Warga Indonesia mengundi apabila ditanya no KP tidak tahu
d- Sebua Bas Dipenuhi Warga Bangladesh ditangkap
f- Lagi Bangla ditangkap Hidup-hidup
g- Bangla boleh mengundi walaupun tiada Kad Pengenalan
h- Bangla puji polis
i- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah
j- Myanmar salah nyanyi lagu negaraku
k-2 warga Bangla disyaki mengundi di Kuala Selangor
l- 3 bas bangla di Sungai Siput
m- Anggota polis disyaki menerima arahan jaga mana-mana Bangla
n- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap
Selain itu banyak lagi kepincangan semasa PRU13 ini seperti di bawah:-
3- Bawa Lari peti undi
a. 1- 2 bag votes dicampak dari helikopter
b. Anggota SPR bawa kertas undi keluar pusat mengundi
4- Cubaan bawa keluar Kotak Undi POS keluar daripada lokap Balai Polis Seri Manjung
5- Helikopter berlogo MCA didapati mencampakkan 2 beg peti Undi
(3.50pm. Location Sungai siput (u), perak. Sungai buloh football field. A helicopter with MCA logos seen dropped 2 packages the SPR believed to contain ballot boxes in them.)
6- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor
7- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)
8- Tidur ketika waktu mengundi
9- Rasuah pengundi di Baling
10- Dakwat kekal yang tidak kekal
a- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal
Justeru,
bagi saya PRU13 adalah menjadi titik hitam dalam sejarah kebangkitan
rakyat di dunia. Saya sebagai pemimpin PKR merasakan bahawa keputusan
PRU13 ini bukan mencerminkan kehendak rakyat. Sebaliknya, adalah
keterdesakan Najib Razak bersama teman-temannya dalam UMNO dan Barisan
Nasional sehingga sanggup melacurkan masa depan negara dengan harga yang
cukup murah kepada bangsa asing samada Bangladesh, Myanmar, Indonesia
dan India. Memberikan mereka kad pengenalan dan hak untuk mengundi
sebagaimana anak tempatan adalah PENGKHIANATAN yang paling besar waktu
ini. Mereka bersekongkol dengan SPR untuk membenarkan segala usaha jijik
ini berhasil.
Sebagai
anak muda saya menyeru kawan-kawan agar bersiap siaga untuk tuntut
pembersihan ini. Mereka sudah mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan
menipu pilihanraya. Saya tidak rela anak-anak saya yang masih kecil
tergadai masa depan akibat perbuatan khianat SPR dan UMNO untuk
memastikan kemenangan BN walaupun dengan cara jijik dan kotor. Kalaulah
Tun Mahathir yang memberikan Kad Pengenalan kepada orang-orang Sulu
untuk memastikan BN merampas Sabah daripada PBS 20 tahun dulu dan
kemudiannya menuntut hak tanah dan sebagainya.
Persoalan saya cukup mudah:
Apakah
tidak ada kemungkinan rakyat Bangla, Myanmar dan India yang jumlahnya
lebih besar dari rakyat Sulu juga akan menuntut hak pada 15-20 tahun
akan datang sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan yang tidak berdosa seperti di Lahad Datu tempohari?
sumber:- zaihanbinzainal.blogspot
No comments:
Post a Comment