Thursday 9 May 2013

[VIDEO] KEPUTUSAN PRU13 AKAN DICABAR | rafizi





Menurut Perlembagaan Persekutuan dalam Dewan Parlimen, beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Parlimen, Beliau sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu bersama semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional, setelah itu, beliau hendaklah dipilih dari kalangan ahli Majlis Parlimen untuk dilantik sebagai Perdaana Menteri.

Walaupun Beliau secara rasminya telah memenangi Pilihanraya Parlimen kawasan Pekan, beliau masih belum disahkan sebagai ahli parlimen kerana belum mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen! Apa yang boleh dikatakan Dato Seri Najib seolah-olah "BERSOLAT DAHULU DAN KEMUDIAN MENGAMBIL WUDUK" adakah solat itu SAH?

Menurut perlembagaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. 


Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.


Dalam waktu yang sama, status semua Ahli Parlimen yang secara rasmi telah diumumkan kemenangan semasa PRU13 yang lalu masih dan berkemungkinan berhadapan Petisyen pembatalan kemenangan dengan pelbagai kesalahan mengikut akta kesalahan Pilihanraya yang memungkinkan kehilangan status kemenangan rasmi tersebut.



Adalah senario yang disebut diatas tidaklah wajar apabila upacara angkat sumpah Jawatan Perdana Menteri dilakukan secara tergesa-gesa.



Atau boleh kita katakan solat selesai dahulu dan kemudian lakukan niat solat kemudiannya.
------------------------------
 artikel di bawah dari sumber GB



Untuk VIDEO sila klik link ini:-



Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu.

“Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita,” kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli.

Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13.

“Kita akan cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita.

“Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram,”
katanya dalam ucapan di perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat”

“Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini.

“Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang,” katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini.

Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi.


 


No comments:

Post a Comment