Tuesday, 7 May 2013

POST MORTEM Keputusan PRU KE 13 | amenoworld





Sekarang rujuk carta.

PR gagal mengekalkan Kedah. Kita ucapkan terima kasih kepada penyokong2 tegar PR di Kedah yang selama ini menghalang kita daripada mengkritik kepimpinan PAS di Kedah.

Ada beza yang sangat besar antara BAIK dengan BETUL.

Seseorang yang BAIK bermaksud dia BAIK.
Seseorang yang melakukan kerja yang BETUL, maka dia BETUL.
Ustaz Azizan orang BAIK tetapi tak semestinya dia sentiasa BETUL.
Dan bila melakukan benda yang tidak BETUL, bukan bermaksud kita menafikan KEBAIKAN dia, sekadar meminta agar dia membetulkan beberapa perkara yang TIDAK BETUL agar dia boleh terus melakukan tindakan2 yang BETUL.

Analisa kedudukan KERUSI DUN PR dan BN 2008 DAN 2013.

Johor : BN pada tahun 2008 = 50. BN pada tahun 2013 = 38.
Johor : PR pada tahun 2008 = 6. PR pada tahun 2013 = 18.

PR semakin menembusi kubu kuat JOHOR buat pertama kali dalam sejarah perjuangan mereka. Tahniah. 

Melaka : BN pada tahun 2008 = 23. BN pada tahun 2013 = 21.
Melaka : PR pada tahun 2008 = 5. PR pada tahun 2013 = 7.

PR berjaya merampas 2 kerusi DUN di Melaka tahun ini. Prestasi meningkat.

N9 : BN pada tahun 2008 = 21. BN pada tahun 2013 = 22.
N9 : PR pada tahun 2008 = 15. PR pada tahun 2013 = 14.

BN berjaya merampas 1 kerusi DUN dari PR. Prestasi PR merosot di N9.

Pahang : BN pada tahun 2008 = 37. BN pada tahun 2013 = 30.
Pahang : PR pada tahun 2008 = 5. PR pada tahun 2013 = 12.

PR berjaya rampas 7 kerusi DUN di Pahang.

Terengganu : BN pada tahun 2008 = 24. BN pada tahun 2013 = 17.
Terengganu : PR pada tahun 2008 = 8. PR pada tahun 2013 = 15.

Terima kasih kepada populariti Ustaz Azhar Idrus. Dia ada aura walaupun tak perlu bertanding dalam PRU sekalipun. PR berjaya merampas kembali beberapa kerusi penting di DUN Terengganu sebanyak 7 kerusi sekaligus menafikan kemenangan 2/3 BN di Terengganu.

Kelantan : BN pada tahun 2008 = 6. BN pada tahun 2013 = 12.
Kelantan : PR pada tahun 2008 = 38. PR pada tahun 2013 = 33.

BN merampas 6 kerusi dari Kelantan. Prestasi Kelantan merosot kerana BN berjaya gandakan kedudukan mereka berbanding PRU ke 12.

Perlis : BN pada tahun 2008 = 14. BN pada tahun 2013 = 13.
Perlis : PR pada tahun 2008 = 1. PR pada tahun 2013 = 2.
  
1 tambahan kerusi DUN buat PR di Perlis. Usaha lagi, kita sebenarnya boleh menembusi Perlis jika kempen2 melibatkan PERLIS dibuat secara meluas.

Perak : BN pada tahun 2008 = 28. BN pada tahun 2013 = 31
Perak : PR pada tahun 2008 = 31 sebelum lompat. [3] PR pada tahun 2013 = 28.

Di Perak, PR tak boleh di anggap GAGAL. Kita boleh kata, kita maintain dengan apa yang kita pernah ada dulu. 

Penang : BN pada tahun 2008 = 11. BN pada tahun 2013 = 10.
Penang : PR pada tahun 2008 = 29 sebelum lompat [2]. PR pada tahun 2013 = 30.

Kedudukan PR semakin kukuh di Pulau Pinang.

Selangor : BN pada tahun 2008 = 20. BN pada tahun 2013 = 12.
Selangor : PR pada tahun 2008 = 36 sebelum krisis dalaman [2] PR pada tahun 2013 = 44.

Selangor semakin kukuh apabila berjaya merampas 8 kerusi DUN dari BN yang dimenangi pada tahun 2008.

Sabah : BN pada tahun 2008 = 59. BN pada tahun 2013 = 42.
Sabah : PR pada tahun 2008 = 1. PR pada tahun 2013 = 12.

11 kerusi DUN berjaya dirampas oleh PR dalam PRU kali neh menyebabkan BN mula sedar kebangkitan rakyat kini menembusi orang2 SABAH.

Putrajaya PR gagal mendapat 1 kerusi tunggal apabila calon PR Husam Musa gagal memenangi PRU. Kuala Lumpur masih dikuasai oleh PR meskipun kita kehilangan kerusi Titiwangsa. Maklumat ini perlukan pengesahan lanjut kerana semalam ada yang kata PR menang dan ada yang kata BN yang menang.  

Keliru jap aku.

Apa pun keputusan ini menunjukkan PR telah mara ke beberapa tempat. Analisa berkaitan akan menyusul.

Merah : Merosot.
Biru : Meningkat
Ungu : Konsisten

Perak : Komposisi kaum yang seimbang antara semua jenis kaum. Kedudukan di Perak menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sudah berpecah kepada dua jenis parti politik dengan sokongan kaum cina memihak kepada PR dan sokongan kaum melayu masih lagi berpecah ikut pendidikan dengan melayu yang lebih berpendidikan memihak kepada PR, melayu yang kurang berpendidikan memihak kepada BN.   



Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/bm
http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php 



sumber:-amenoworld

No comments:

Post a Comment